Saturday, June 9, 2012

Qurratu a'yyun


Bonda dengan anak muridnya.Fatimah macam takut-takut aje tepi pengantin.ahah..

Pulang ke rumah sebelum exam menjelma.Alhamdulilah,hati benar-benar rasa gembira.Rasa tenang bila lihat wajah-wajah qurratu ayyun (penyejuk mata) didepan mata.Hilang sebentar kekusutan hati.Benar kata Rasulullah,lihat wajah emak dan ayah,sudah dapat pahala.Apatah lagi tengok hari-hari.Meh tengok muka mak,ayah dan famili setiap hari.hehe.

Melayan kerenah Fatimah,macam-macam hal berlaku.Ada sekali tue waktu maghrib,lepas saya mengunci pintu,terkezutt kejap.Ada sesuatu ‘terpahat’ di pintu rumah.Siapa lagi punya kerja kalau bukan dia.Ish ish..

erkk..apakahh??

Membuat ‘ziarah mengejut’ ke meja belajarnya,agak tergamam melihat jadual belajarnya yang cukup efisien.Eheh..Fatimah oh Fatimah.Itulah agaknya yang dia mengadu pada emak.’Penat jadi budak sekolah nie..’.eleh..


she is a lefthanded!

Pulang ke Sintok dengan hati yang puas.Alhamdulilah.

InsyaAllah,akan bermula imitihan beberapa hari lagi.Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Subjek maritim itu tidak sukar,Husna.Ya,yakin boleh!ayah ada juga menerangkan tentang maritim serba sedikit.Ayah jadi pensyarah sementara saya dirumah.hehe.Dibantu oleh tutornya,Fatimah =)

All the best!

Oh ya,sebelum pulang hari tue,bas yang saya naiki tersekat di lebuh raya.Tersekat bukan apa.Tapi kerana ada majlis berlangsung di Alor Star.Dari plaza tol Hutan Kampong lagi,kenderaan sudah bersusun-susun ibarat semut.Bila bas mula menuju ke Shahab,sejuk hati saya melihat pemandangan di kiri dan kanan.

Orang berserban,berkopiah,bertudung labuh,menutup aurat dimana-mana.

Allahu Allah.

InsyaAllah,akan menanti saat itu satu hari nanti di Malaysia.Ameen.Mudah-mudahan.

No comments: