Monday, June 18, 2012

Minggu yang sukar



Minggu ini dan minggu hadapan adalah waktu-waktu yang sukar.Detik-detik yang genting.

Entah berapa kali air mata menitis laju.

Ya Allah,betapa Maha Pengasihnya Engkau,kerana memberi peluang kepadaku mengenali sahabat-sahabat yang baik.

Mereka semua akan pulang ke kampung halaman,seorang demi seorang.

Waktu jamuan yang lalu,sudah ada dua tiga orang yang teresak-esak di bahu.Saya cuba memujuk mereka.Sayangnya,air mata ketika itu sangat ego untuk keluar.Masih boleh berjenaka,gelak ketawa.

Tapi,lama-lama,dia tumpas jua.

Allah..

Menatap raut wajah mereka,entah bila dapat bersua kembali.Katanya,waktu konvo nanti.Tapi tak sama dengan usia 3 tahun perkenalan ini.

Dimana engkau berada,doaku sentiasa disisimu,sahabat.Kita tetap sujud pada Pencipta yang sama,kita masih memandang langit yang sama.

Semoga kita dapat berjumpa kembali satu hari nanti!

Ya Allah,sesungguhnya ukhuwah ini sangat suci!


No comments: