Habis membaca komik M,saya meletakkan naskhah
itu disisi,di meja makan.Alhamdulilah,selesai sudah tugas memasak di dapur.Ruang
masa yang ada,mengizinkan saya pulang sebentar ke rumah.Menatap wajah-wajah
kesayangan,sebelum peperiksaan bermula pada minggu hadapan.InsyaAllah.
Hati saya rasa sedikit termotivasi.Waktu-waktu
yang genting sekarang,hati dan nurani perlukan sesuatu yang membina kepercayaan
diri.Sesuatu yang boleh mengubah diri menjadi sesuatu.Pelik bunyinya bukan?
Maknanya ruang kosong dihati perlu diisi dengan
sesuatu yang bermanfaat.Alhamdulilah,walaupun dengan membaca komik,hati saya
bagai melonjak-lonjak ingin mencipta sesuatu dalam final yang mendatang.
Kenapa komik M?
Komik ini bukan sembarangan.Patutlah adik-adik
saya beria-iya meyakinkan emak supaya membeli komik ini tiap kali ke khutub
khanah,yakni kedai buku.
Mulanya emak agak berat hati juga.Bukan setakat
emak,saya pun juga.Komik?bukan bagus pun!gerutu hati saya.Tapi ternyata telahan
itu jauh tersasar.Saya mula membelek komik M ketika cuti semester yang lalu.Ternyata,ia
bukan seperti komik-komik lain dipasaran.Dan apa yang menariknya komik ini,ia
menggunakan bahasa Melayu yang sempurna.Syabas!
Sebab itu ada orang cakap, “Don’t judge a book
by its cover” -_-
Habis tugas didapur tadi,saya menghadap komik M
yang bertajuk ‘Misi 8A’.Kisahnya mengenai seorang budak,agak nakal.Hidupnya
hanya bertemankan playstation,PSP,IPhone,Ipod,Facebook.Setiap kali ujian
bulanan,dia selalu mendapat markah yang rendah.Satu hari,ibunya ‘mengkuarantin’
semua barang-barang miliknya yang dinyatakan tadi.Oh,lupa nak bagitahu.Dia nie
anak orang kaya.
Hidupnya mula berubah bila dia berkawan dengan
seorang budak pandai di sekolahnya.Kawannya itu merupakan pelajar terbaik
negara.
*TEPUK TANGAN KUAT SIKIT..!*
Sejak itu,mereka mula berkawan baik.Dan berkat
kesungguhan mereka berdua,kejayaan dalam PMR berjaya dicapai keduanya.Dia
mendapat 8A,manakala kawannya pula mendapat 7A1B.Agak tragis juga tragedi
kenapa kawannya tidak mendapat staright As,haa..nak tau?meh beli komik M
ramai-ramai!=)
Sungguh,saya rasa termotivasi seusai membaca
komik tersebut.
Pada saya,walaupun ia hanyalah komik,tetapi
berjaya menyuntik hati pembacanya.
Semua orang pandai sebenarnya.Tiada orang yang
tidak pandai didunia ini.Yang membezakan adalah tahap kerajinan seseorang.
Tahap usaha + tahap kerajinan = menentukan tahap
kejayaan.Setuju?
******
Teori basikal.
Waktu semester yang lalu,saya berpeluang
menghadiri ceramah motivasi.Alhamdulilah,ia sangat bermanfaat.Penceramahnya
adalah Puan Faizah yang ketika itu agak sarat mengandung anak keduanya.
Puan Faizah adalah penerima anugerah Naib
Canselor.Sekarang dia bekerja sebagai seorang ahli akademik di Sintok.
Saya dan rakan-rakan yang lain mengagumi
peribadi beliau.Dia seorang yang merendah diri dan tidak lokek ilmu.Moga Allah
merahmati kehidupannya dunia akhirat.InsyaAllah.
Ada satu perkara yang membuatkan saya terkesan
ketika ceramah Puan Faizah.
Dia kata belajar ini tidak susah sebenarnya,nak
dibandingkan dengan membawa basikal.
Bawa basikal?saya hairan.Kenapa?
Tambahnya lagi,cuba imbas kembali ketika
mula-mula kita belajar membawa basikal.
Kita terjatuh banyak kali.Sampai luka-luka di badan.Tetapi
tetap juga nak belajar.Tidakkah itu sesuatu yang menyusahkan?
Teringat saya ketika pertama kali belajar
menunggang basikal.Waktu itu sudah agak lewat umur sebenarnya (pada sayalah).Melihat
adik-adik kesana kemari dengan gembiranya menunggang basikal,saya jadi cemburu.
Grrr..
Ish..tak boleh jadi nie.Kena buat sesuatu.
Jadi,setiap petang saya belajar menunggang
basikal.Samada bersama adik atau ayah.
Malu?saya tak rasa pun waktu tue.Yang penting
dalam fikiran,saya sudah set,’lepas nie aku kena pandai bawa basikal’.
Lama kelamaan saya mahir.Alhamdulilah.Walaupun,macam-macam
peristiwa yang berlaku.
Pernah satu ketika,waktu itu saya tak berapa
mahir lagi mengawal pedal.Bila saya membawanya,kejap-kejap ia akan pusing ke ke
kiri.Kejap-kejap ia akan ke ke kanan.Penyudahnya,saya tiba lewat di sekolah
agama.Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku sepanjang saya ‘bereksperimen’ tadi.
Seingat saya juga,nombor plat motorsikal ayah
pernah patah.Kerana dilanggar oleh anak perempuannya ini.Cuaknya dalam
hati,Allah saja yang tahu.Bimbang kalau ayah memarahi saya.Tapi,ayah senyap
sahaja.Tak lama selepas tue,nombor plat itu berganti baru.
Bukan motor langgar basikal.Basikal yang langgar
motor!tidakkah handal?
Kerana semangat meninggi ketika belajar membawa
basikal,saya ‘redah’ apa sahaja yang berlaku.
Betul kata Puan Faizah.Kalau ikutkan,memang
sakit.Tak sah kalau bawa basikal,tak jatuh,tak luka atau tak rosak basikalnya.
Sebab kita berusaha bersungguh-sungguh waktu
itu.
Bila difikir-fikirkan,memang benar,belajar itu
sebenarnya lebih mudah dari bawa basikal.Hanya perlu duduk,peruntukkan dalam sejam
atau dua jam setiap hari.Baca dan fahamkan nota-nota tersebut.
Kunci utamanya disitu,konsisten kata orang
Shakespear.Istiqamah kata orang Islam.
Kadangkala saya kerap terfikir.Kenapa bila sudah
meningkat dewasa,segala perkara yang kita hadapi,kita sering memikirkan perkara
itu ‘susah,membebankan,penat,malas,takda mood..’
Walhal ketika kita menunggang basikal
dulu,’takda mood’ itu tidak pernah terlintas di fikiran.
Oh,langkah manisnya zaman kanak-kanak
dulu!berani,kuat semangat tanpa memikirkan apa yang bakal berlaku kelak.
Logiknya,bila kita semakin dewasa,kita semakin
kritis berfikir,semakin pantas membuat tindakan.
Perasan atau tidak,waktu kita belajar menunggang
basikal dulu,hampir setiap hari kita menunggangnya.Jatuh hari ini,esok cuba
lagi.Luka hari ini,esok dengan lutut berplaster,tunggang lagi keesokan harinya.
Sedar tak sedar,rupa-rupanya kita telah
menyempurnakn satu ‘habit’ yang baik disitu – Istiqamah.
Allah menyukai amalan yang sedikit.Tetapi
dilakukan secara berterusan.
InsyaAllah mudah-mudahan pintu hati hamba Allah
ini akan terus terbuka untuk belajar bersungguh-sungguh.
Kalau dulu,daripada tidak pandai menunggang
basikal,sekarang sudah pandai.
Dulu tidak pandai membaca dan mengira,sewajarnya
sekarang semakin berkobar-kobar semangat nak penuhkan ilmu didada.
Kita pandai sebenarnya.Yang membezakan adalah
usaha.
Yakin boleh!
Yeahh!
Psstt..nak menunggang basikal hari ini?sambil
membaca Komik M?^-^