Ada dua peristiwa yang terjadi dalam minggu ini
yang menyebabkan hati saya sebak kadangkala.Benarlah,Allah itu sangat
dekat.Dekat sehingga ke lubuk hati.Dia Maha Mendengar.
Peristiwa pertama berlaku hari Sabtu yang lalu.Selepas
Subuh,saya bersiap-siap untuk keluar menelaah kitab bersama sahabat-sahabat.Turun
sahaja saya ke tempat meletakkan kereta di belakang blok,saya lihat Ira,adik
kesayangan sudah siap menunggu disitu.Kami berjanji untuk turun pada pukul 7 :30
pagi.Kereta yang disewa akan sampai sebentar lagi.
Sambil menunggu kedatangan sahabat-sahabat yang
lain,saya berbual-bual seketika dengan Ira.Dia bakal mengemudi kereta ye.Mukanya macam dalam kerisauan.hehe..
“Ira,dah lama
tunggu?mana yang lain?”,tanya saya.
‘Baru
je,kak..yang lain kejap lagi sampai kot.InsyaAllah.. "
‘Ira bangun
pukul bape tadi ?’
‘Awal jugalah,kak..’,jawab dia sambil mata
melihat samada kereta sudah sampai atau belum.
“Akak pun bangun Subuh juga tadi.Seronok kan
kalau dapat Qiam sebelum tue.”
Dia tersengih mendengar saya mengomel.
“Tapi yang selalu terjadinya,jam tue dah bunyi
pukul 4 atau pukul 5 pagi,pastue tangan pun matikan terus..alahai..bila bangun
pagi,rasa menyesal kadang-kadang..”
“ha’ah,betul tue kak.Memang kita macam gitu
kadang-kadang..”
“Lepas nie kalau jam tue berbunyi,nak tak nak,kita
kena jihad bangun juga,Ira..hehe..”
Habis sahaja saya cakap begitu,kereta pun
sampai.Afifah dan Amirah pun menyertai dan kami bertolak ke tempat pengajian.
Kuasa Allah.
Ketika sedang mendengar kuliah yang
disampaikan,tiba-tiba Ustaz sempat selitkan tentang qiamullail.
“Kita nie,bangun pukul 3 pagi tue.Tapi bangun
bukan nak sembahyang,tapi nak buang ayaq kecil atau besaq..haa,lepas habis
kitab yang ketiga nanti,saya nak bagitahu pasai apa kita susah bangun malam dan
cara-cara mudah nak bangun malam..”
You know my feeling at that time?
Ira menoleh ke belakang melihat saya.Saya
pandang Ira.
Rasa sebak dan hendak menangis ketika itu.Ya
Allah,Engkau mendengar suara hambaMu ini….
Berikut saya kongsikan sebab apa kita susah
hendak bangun malam,dan semoga perkara-perkara ini kita hindarkan dari
kehidupan seharian.InsyaAllah.
a) -----> Seseorang itu sangat prihatin dengan
dunia dan lalai daripada akhirat.Kata Ustaz,urusan dunia ini kita buat mana yang
perlu sahaja waktu siang itu.So-so lah kiranya.
Ustaz sempat berkongsi tentang
pengalaman ayahnya yang hanya mengusahakan bendang,tetapi istiqamah melakukan
amalan ini.Ibaratnya,kita kerja seolah-olah kita hidup lama didunia ini,tetapi
kita beribadat seperti mati keesokan hari.
b) -----> Pada siang hari,sibuk dengan
cerita-cerita dunia seperti bisnes,banyak bercakap benda yang lagha dan banyak
riuh rendah.Diam itu lebih baik daripada berkata-kata yang tidak berfaedah.
c) -----> Memenatkan anggota badan dengan
kerja-kerja di siang hari.Contohnya seperti kerja-kerja pembinaan.Kan penat
tue?
d) ----->Yang keempat pula kata Ustaz,waktu siang
tue banyak beno makannya.Bila dah banyak makan,gerenti banyak tidurnya.Kemudian,mensia-siakan
waktu qaillulah,yakni tidur sekejap sebelum Zuhur.Sekitar pukul 10,11 dan 12
tengahari.
e) -----> Waktu siang,banyak melakukan dosa
tanpa bertaubat.Astaghfirullah…T_T
Kemudian, ustaz berkongsi tips cara-cara mudah
hendak bangun malam.
a) -----> Selepas Isyak dan hendak
tidur,hendaklah perbaharui wudhu’.Sebab diri kita dalam keadaan bersih ketika
itu.Mudah untuk bangun malam.InsyaAllah.
b) -----> Sebelum matahari jatuh pada waktu Maghrib,banyakkan
berzikir pada Allah.
c) ----->Antara Maghrib dengan Isyak,banyakkan
beribadah seperti sembahyang sunat,baca Al-Quran atau berzikir.Pesan Ustaz,kalau
boleh,jangan tonton tv.Nanti lalai.Ingattttt…
Alhamdulilah.Itulah serba sedikit ilmu yang
dapat dikongsikan.Semoga kita dapat istiqamah dengan amalan yang mahal sangat
pahalanya ini.Teringat arwah atok pernah berpesan pada saya,kalau ada masalah,jangan
mengadu pada manusia.Mengadulah pada Allah.
Bangunlah sembahyang malam.Waktu itu
nak minta apa-apa,mintalah.Tahajud jangan tinggal,lebih-lebih lagi
tengah menuntut ilmu sekarang.Banyak pertolongan daripada Dia yang diharapkan.
******************************************************
Peristiwa kedua pula berkaitan dengan laman sosial.
Ketika berbual dengan bonda dihujung talian,saya
berkongsi rasa tentang pengurusan masa yang kadangkala lalai dan tidak efisien.
“Mak,macamana ek kita nak bahagikan masa supaya
tak membazir,lebih-lebih lagi bila menghadap facebook..”
Kadang-kala bila menghadap facebook,bukan
sedikit saya risau tentangnya.Banyak.Saya bimbang tentang peruntukkan masa yang
diperlukan ketika menghadap benda alah itu.Saya bukanlah ‘facebook addicted’,cuma
boleh dikatakan saya menggemari laman sosial tersebut.Disitulah saya tahu
perkembangan kawan-kawan atau mengetahui tentang pelbagai event yang dianjurkan.Mujurlah
saya cepat jemu kadangkala.Syukur!
Berbalik kepada sesi berkongsi rasa dengan emak
tadi,dia memberikan pelbagai solusi bagaimana menguruskan masa dengan
baik,termasuk juga peruntukan waktu untuk facebook.
Alhamdulilah.Terima kasih emak!hati saya lega
sebentar disitu.
Nak dipendekkan cerita,hari Rabu yang lalu,ketika
mendengar segmen Islam itu indah di Radio Ikim,saya bagaikan terkesima.
Prof Muhaya yang menjadi panelis program itu
saban minggu, menceritakan tentang tajuk ‘Celik Mata Reset Minda:penggunaan
laman sosial’.
doktor mata,doktor jiwa |
Ya Allah,hati saya melonjak-lonjak kegembiraan.Tak
putus-putus saya zahirkan kesyukuran pada Allah Taala.
Saya amati setiap bait-bait kata Prof Muhaya.
Antaranya Prof berpesan,share lah inspirasi dan
motivasi kita dengan manusia,manakala kesedihan,ketakutan dan kebimbangan,share
lah dengan Allah.Tidak semua benda kita boleh share dengan manusia,lebih-lebih
lagi di facebook.
Prof juga menambah,kalau nak tengok kualiti
hidup kita,tengoklah rakan facebook kita.Kalau kita mempunyai rakan-rakan yang
baik,alhamdulilah.
Yang terakhir,Prof sempat berpesan,di laman
sosial,jangan idolakan manusia,tetapi idolakan Nabi Muhammad s.a.w.
***************************
Dua peristiwa itu benar-benar membuka hati
saya.Saya percaya,Allah Maha Mendengar.Dia sangat dekat dengan hambaNya.
Dekat
sehingga ke lubuk hati.
Apa-apa yang kita lakukan,ingatlah,ia sentiasa dibawah
pemerhatiannya Yang Maha Kuasa.Dia mengetahui gerak hati kita dan semestinya hendaklah bersandarkan hanya pada Dia.
InsyaAllah.