Wednesday, November 7, 2012

Hilang?



Waktu saya pulang ke rumah hari itu,Arep merangkap sepupu dan juga drebar tak rasmi,asyik bercerita macam-macam benda.Terutama pengalamannya bekerja di hospital.

Hmm.Sabar jelah.Sudahlah jalan ke stesen bas itu gelap,sunyi sepi.Aliah yang ada bersama-sama saya juga bagaikan terdiam mendengar ceritanya.Cuma sesekali saya dan Aliah bertanya.

Cerita Arep,ada sekali tue dia ditugaskan untuk menjaga mayat seorang hamba Allah.Di bilik mayat.Mayat tue meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan.Kemudian,dia pergi ke tandas.Tak sampai dua minit katanya.Balik saja dari tandas..jeng jeng..jeng..

Mayat tue hilang!!

Kemudian dia cari merata-rata di bilik mayat tue.Ke hulu,ke hilir.Dia cari bersama kawannya.Tak jumpa.Waktu tue dalam pukul 12 malam.Seisi hospital gempar,mayat hilang.Doktor yang sedang menjalankan pembedahan di bilik sebelah pun terpaksa menghentikan sementara pembedahan.

Aik..pelik saya sebentar.

“Sampai macam tue sekali ke,Arep?” saya menyoal.

“Kalau mayat hilang,boleh jadi kes polis,kak..”

“Ohh..kenapa?” tanya saya lagi.

“Yelah.Dibuatnya orang curi ke.Mana tau ada gangster-gangster culik mayat tue.Pastue mana tau ada orang curi organ dia ke..” dia menjelaskan.

Oh.Mayat yang dijaga Arep tue non-muslim.

Bila sudah puas mencari dan tak jumpa,ada doktor suruh Arep panggilkan seorang M.A.

M.A itu kata,kes begini,biasa berlaku.

“Dia saja nak main-main dengan kita..”dududu..

Selepas M.A itu baca ayat-ayat Quran sedikit,tak lama kemudian,mayat hamba Allah itu pun dijumpai.Betul-betul di hujung pintu sebelah sana.Walhal,sebelum itu,puas sudah mereka mencari di setiap ruang bilik mayat,tapi tak jumpa.

Alahai..

Ada doktor kata “awak jangan takut.Kes macam nie selalu berlaku..”

Saya tanya pada Arep,seronok ke keja di hospital?berdepan dengan ragam manusia yang pelbagai.

Kata dia,seronok itu memang.’Tapi penat sikit,kak..Arep banyak jumpa doktor pelatih a.k.a HO yang kata menyesal jadi doktor waktu diorang HO..ada yang kata nak berhenti lepas nie..’

Allah…sayangnya! Mungkin ada yang terbaik buat mereka selepas ini.Semoga Allah memberi petunjuk buat mereka dan dipermudahkan segala urusan.Ameen.

‘Ramai doktor lelaki atau doktor perempuan,Arep?’,saya bertanya.

‘Off course lah ramai perempuan,kak..’

‘Sebab orang perempuan kan rajin belajar..haha..’gelak saya.

‘Tapi yang stressnya ramai perempuan..’jawab dia.

Glupp..

Emosi kena diuruskan dengan baik.Tekanan,stress,masalah tak pernah lari dari kehidupan kita.Kalau diuruskan dengan minat,’passion’,InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan baik.

Buat semua doktor seantero dunia,teruskan berjuang dalam bidang perubatan dengan semangat dan kesungguhan.InsyaAllah,moga kerjaya kalian menjadikan ia sebagai medan jihad dan pahala hingga ke syurga.

Teringat doktor Muhaya pernah berkata,kerjaya inilah yang paling dekat dengan ciptaan Allah.Mereka belajar ciptaan Allah yang paling tinggi.

‘Doktor,kalau dia belajar ciptaan Allah,kalau dia masih buta hatinya,memang dia orang paling buta.’

Astaghfirullahalazim.

#Teringat kecil-kecil dahulu nak jadi doktor.Sekali tengok orang kemalangan,pitam terus >_<#

No comments: