Sunday, May 8, 2011

Minggu Kedua bulan Mei


Pagi ini,saya ada peperiksaan subjek Politik Asia Tenggara.Selesai solat subuh,handset saya berbunyi..beep.Saya agak,tentu mak yang akan hantar mesej itu.Rutinnya begitulah.Kalau anaknya menghadapi peperiksaan besar,pagi-pagi lagi dia sudah hantar mesej.Risaunya mengalahkan saya,yang akan menghadapi peperiksaan hari tue.Dialah yang akan berdoa,baca Quran mendoakan anaknya yang jauh dimata ini.Kadang-kadang saya rasa malu pula.

Bila saya chek,memang emak yang hantar.Pesannya,buat yang terbaik untuk peperiksaan hari ini.Doanya sentiasa tidak putus-putus,mengharapkan Allah member petunjuk dan semoga semua jawapan saya betul.InsyaAllah.

Yang membuat saya ‘touching’ sekejap,dia kata saya tiada salah apa-apa dengan dia..hmm..

Mak,you make my tears rolling down this morning..

Sebelum pergi peperiksaan,saya telefon dia sebentar.Mohon dia doakan yang terbaik buat saya.Selain daripada hendak menenangkan hati pabila mendengar suaranya.Suara yang sentiasa positif dan penuh nasihat.
Selain itu,saya ingin sampaikan ucapan hari ibu buat bonda saya.
Dia minta saya nyanyi lagu hari ibu…hehe…alahai emak,mana boleh nyanyi depan orang ramai.Nanti kantoi lah suara saya ^_^

Jauh disudut hati,saya akan menelefonnya dalam waktu terdekat ini.Nak cerita macam-macam dengan dia.

Itulah emak.Kalau jauh anaknya dari pandangan mata,hatinya sangat risau,mengenangkan anaknya.Tapi dia yakin Allah akan menjaga anaknya elok-elok.

Emak lah guru terbaik buat saya.Guru pertama saya selain dari ayah,yang merangkap guru besar pertama tak rasmi buat kami adik beradik.Teringat dulu waktu belajar dengan emak di sekolah,kalau kena cubit itu sudah perkara biasa.Menangis?normal lah tue.Sakit.

Tapi,bila lihat tempat dimana saya berdiri sekarang,saya rasa amat bersyukur.Tak mungkin dengan didikannya yang agak tegas,tapi lembut,saya berada pada kedudukan hari ini.

Maha Pengasihnya Allah Taala,Dia letakkan kedudukan ibu itu ditempat yang teratas sekali dalam kehidupan manusia.Kalau tak,masakan tempat kandungan kita dulu dipanggil ‘rahim’?.Didalam rahimlah,kita berkongsi kasih sayang dengan ibu kita.Maha Suci Allah yang membenarkan namanya digunakan oleh seorang manusia,yang bergelar IBU.

Buat emak tersayang yang berada nun jauh di mata,ketahilah anakmu ini sangat menyayangimu.Mendidik saya supaya sentiasa mengamalkan sifat mahmudah dalam kehidupan seharian.Mengajar saya supaya sentiasa ingat rahmat dan rezeki Allah ada dimana-mana,selagi kita berusaha.

Puan Safarina binti Hj Md Kassim sentiasa dihati saya.Selama-lamanya.

Bulan Mei memang sentimental.Sebab banyak hari istimewa..
Tak dapat bayangkan andai saya ingin menyambung pengajian kelak.Kena kuatkan hati,untuk berpisah dengan emak dalam tempoh yang lama.Mampukah? 
   




Saturday, May 7, 2011

Apple in My Heart







 

Bila musim imtihan,makin kuat teringat emak di rumah.
Suara dia,masakannya,nasihatnya,sentuhannya,terasa-rasa dalam hati.
Kadang-kadang,rasa macam mahu terbang ke rumah.Duduk dekat dengan mak.Minta nasihat dia semua-semua.

Tahu ayat dia?
“Jangan takut,Allah bersama kita.Mak yakin,Allah jaga Husna sebaik-baiknya.Walaupun mak jauh dari Husna,Allah sentiasa ada..”
Alahai emak!
Rindu sangat-sangat..

Bagi saya,tiada istilah hari ibu dalam hidup ini.Setiap hari adalah HARI IBU.Dan setiap hari juga adalah HARI GURU.

Masa kecil-kecil dahulu,kalau kena tegur,itu perkara biasa.
Kalau tak kena tegur,itu yang jadi LUAR BIASA!

Siapa lagi yang akan memperbetulkan diri ini selain daripada emak.Dia yang berkongsi gerak hati yang sama dengan anak-anaknya.Selama 9 bulan,36 minggu..

Dia juga berkongsi makan dengan kita.Jikalau emak makan nasi,kita jua makan nasi.
Bila sudah dewasa begini,berapa kali kita kongsi makan dengan emak,seperti dalam kandungan dulu?

Ke sana,ke mari,sentiasa membawa kita di sisi.Kasihan dia.Berat tanggungjawabnya.Agaknya atlet yang angkat berat itu pun boleh tabik dengan kaum ibu.

Tak kira apa jua panggilannya..
Emak,ibu,umi,mama,mummy,mere,dia tetap seorang yang luarbiasa.
Diri yang penuh kasih sayang,tunjuk ajar dan doa,yang tidak putus-putus mengharapkan dari Allah,yang terbaik buat anak dia.Tak pernah mengeluh,tak pernah berkira,demi anak yang tersayang.Berlapar itu perkara biasa.Asalkan anaknya  bertenaga dan sihat sentiasa.


 Ranking
Rasulullah pernah berpesan,sayangilah ibu kita selepas kita menyayangi Allah dan Rasul.
Terima kasih,ya Allah,kerana telah mengurniakan ibu yang terbaik buat saya.Superwoman sejati!
I love my mum.She likes apple in my heart!


Friday, May 6, 2011

Man Jadda Wa Jadda




Imtihan tinggal beberapa hari lagi.Uish,saya rasa sangat-sangat kecut sekarang.Jom,kita kecutkan diri ramai-ramai.lol.Ini bukan tenggiling yang akan gulungkan badannya kalau diserang..hehe.dan,ini juga bukan musim sejuk..hehe.

Takpe,mari kita berusaha selagi ada kesempatan.Ingat,Allah sentiasa bersama kita.

Saya tengok,ramai student membawa nota kemana sahaja mereka pergi sekarang.Aishh,lagi psiko dibuatnya.Sampaikan tengah makan di kafe,sambil baca nota.Mujur ketika bayar di kaunter,tak baca nota sekali.Kalau tak,alamat pakcik kafe hangin satu badan.Mana tak nya,bayar makanan dengan nota,bukan dengan duit! (macam pernah buat je?)..hehe.tapi bukan saya ^_^
Alahai.Gentar saya melihat kalian!semoga mendapat hasil yang lumayan nanti.InsyaAllah.

Nak turun makan di kafe pun,kadang-kadang fikir 2 3 kali,ye tak?yelah,takut tak sempat baca nota kita.Nak pergi tandas pun,tunggu dulu..hehe.ish,takkanlah buat gitu,kan?

Library pun saya tengok,luar biasa penuhnya.Alhamdulilah.Bagus juga peperiksaan ini,menggalakkan orang study dengan lebih gigih!yeahh..
Inilah masa untuk bertapa diam-diam dalam bilik masing-masing.

Kadang-kadang dengan roommate pun jarang bercakap.Ish,jangan macam tue.Kalau tak bercakap,bertukar-tukarlah senyuman.Dapat pahala sedekah lagi.Hablumminnanas kena jaga juga,lebih-lebih lagi bila waktu imtihan ini.
Meredakan kegelisahan ini,mari kita study ramai-ramai yok.InsyaAllah,kita boleh!

Saya sempat menonton cerita harry potter di hostel..hehe..

Nak tenangkan hati ( khabarnya ),pada masa yang sama nak top-up vocab English saya.InsyaAllah boleh.Sebabnya,sem depan,majoriti pensyarah saya orang luar.Jadi,kena praktik dari sekarang.Menjawab exam dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Wah,ini baru betul-betul pengajian antarangsa..hehe..
Saya doakan semua sahabat-sahabat tenang menghadapi peperiksaan ini.Semoga Allah membantu kalian.Minta maaf atas segala-galanya.Semoga kejayaan mengiringi kita semua.ameen.

Man jadda,wa jadda..
Sesiapa yang berusaha,pasti akan berjaya.
Bon chance!

* pagi ini dengar lagu sekuntum mawar putih untuk mama di IKIM,alahai rindunya kat mak..
hari ibu sudah tiba..

Tuesday, April 26, 2011

Love Story


Assalamualaikum..


Sejak kebelakangan ini,saya rasa bersemangat pula nak kemaskini blog green..hehe.Mungkin sebab ada sedikit masa terluang yang ada.Tambahan pula,musim imtihan,yakni peperiksaan sudah dekat.Tinggal lagi beberapa minggu sahaja.Rabbi yassir,wala tuassir.Permudahkanlah daku menjawab soalan imtihan kelak,ya Allah..ameen.Sahabat-sahabat tolong doakan juga ye.InsyaAllah.

Saya nak kongsikan satu mesej yang dikirim oleh sahabat saya.
Mesejnya bercerita begini…

“..Al kisah sebuah percintaan antara IMAN dan HATI.Kadang-kadang hati kering tanpa sinar hidayah daripadaNya.Oh iman,janganlah tinggalkan hati.Hati sayang iman.Andai iman pergi meninggalkan hati,pasti hati terluka.Imanlah penawar hati.Keranamu iman,hati mengenal Sang Pencipta yang Maha Pengasih,yang telah mengurniakan iman pada hati.Iman,hati perlukanmu,iman.Ya Allah,kau peliharalah imanku ini ya Allah.Imanlah sebaik-baik teman yang indah sekali buat hati..”

Apa khabar iman dan hati kita hari ini?Rasulullah pernah bersabda,sesungguhnya didalam badan manusia itu ada seketul darah.Kalau ia baik,maka baiklah kesemua anggota.Kalau tidak,maka tidak baiklah juga seluruh anggota.

Apakah seketul darah itu?ya,hati.Hati kita.
Pesanan buat diri dan juga sahabat-sahabat,didiklah hati kita ke jalan yang diredhai oleh Allah.Hati ini bukan milik kita sebenarnya.Hati ini milik Dia.Dia yang berhak pada hati kita.Justeru itu,nikmat yang mana hendak kamu dustakan?Astaghfirullahalazim.

Kadang kala ia berdolak-dalik kan.Itu memang saya tak nafikan sebab kadang-kadang diri ini melalui pengalaman yang sama.Sama-sama kita berdoa semoga Allah tetapkan hati kita ke jalan yang diredhai olehNya dan dijauhkan segala sifat mazmumah.Bila hati bersih,InsyaAllah doa mudah termakbul..ameen.