Friday, May 6, 2011

Man Jadda Wa Jadda




Imtihan tinggal beberapa hari lagi.Uish,saya rasa sangat-sangat kecut sekarang.Jom,kita kecutkan diri ramai-ramai.lol.Ini bukan tenggiling yang akan gulungkan badannya kalau diserang..hehe.dan,ini juga bukan musim sejuk..hehe.

Takpe,mari kita berusaha selagi ada kesempatan.Ingat,Allah sentiasa bersama kita.

Saya tengok,ramai student membawa nota kemana sahaja mereka pergi sekarang.Aishh,lagi psiko dibuatnya.Sampaikan tengah makan di kafe,sambil baca nota.Mujur ketika bayar di kaunter,tak baca nota sekali.Kalau tak,alamat pakcik kafe hangin satu badan.Mana tak nya,bayar makanan dengan nota,bukan dengan duit! (macam pernah buat je?)..hehe.tapi bukan saya ^_^
Alahai.Gentar saya melihat kalian!semoga mendapat hasil yang lumayan nanti.InsyaAllah.

Nak turun makan di kafe pun,kadang-kadang fikir 2 3 kali,ye tak?yelah,takut tak sempat baca nota kita.Nak pergi tandas pun,tunggu dulu..hehe.ish,takkanlah buat gitu,kan?

Library pun saya tengok,luar biasa penuhnya.Alhamdulilah.Bagus juga peperiksaan ini,menggalakkan orang study dengan lebih gigih!yeahh..
Inilah masa untuk bertapa diam-diam dalam bilik masing-masing.

Kadang-kadang dengan roommate pun jarang bercakap.Ish,jangan macam tue.Kalau tak bercakap,bertukar-tukarlah senyuman.Dapat pahala sedekah lagi.Hablumminnanas kena jaga juga,lebih-lebih lagi bila waktu imtihan ini.
Meredakan kegelisahan ini,mari kita study ramai-ramai yok.InsyaAllah,kita boleh!

Saya sempat menonton cerita harry potter di hostel..hehe..

Nak tenangkan hati ( khabarnya ),pada masa yang sama nak top-up vocab English saya.InsyaAllah boleh.Sebabnya,sem depan,majoriti pensyarah saya orang luar.Jadi,kena praktik dari sekarang.Menjawab exam dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Wah,ini baru betul-betul pengajian antarangsa..hehe..
Saya doakan semua sahabat-sahabat tenang menghadapi peperiksaan ini.Semoga Allah membantu kalian.Minta maaf atas segala-galanya.Semoga kejayaan mengiringi kita semua.ameen.

Man jadda,wa jadda..
Sesiapa yang berusaha,pasti akan berjaya.
Bon chance!

* pagi ini dengar lagu sekuntum mawar putih untuk mama di IKIM,alahai rindunya kat mak..
hari ibu sudah tiba..

No comments: