Tuesday, May 17, 2011

Jujurlah Padaku








Tengahari itu.Sekitar pukul 12.Keadaan di kafe agak hingar bingar dengan penghuni DPP.

Maklum sahajalah,waktu makan.Ada yang sedang menghadap rezeki,ada yang sedang memilih lauk,ada yang sedang tinjau-tinjau..membuat tinjauan tak rasmi selaku YB Kafe..hehe..

“..nak makan apa ya tengahari nie..”  
                      
Kadang-kadang pening memilih nak makan apa..dilema wanita..

Selesai mengambil makanan,saya terus bergerak ke barisan yang sangat,sangat panjang.Macam keretapi Harry Potter kalau dia nak balik ke Hogwart..^_^

Didepan saya ada 2 orang hamba Allah.A dan B.Sedang berbual-bual.Seorang sedang memegang pinggan yang berisi makanan,sementara seorang lagi sedang memegang secawan air teh ais.Nampak sedap.Minum air berais waktu musim panas,memang mantop..!

Sambil menunggu giliran,mereka berbual-bual.Sambil itu juga,si B nie,tak henti-henti menyedut air teh ais.

Habis

Bila sampai giliran mereka,maka,terkejutlah kakak kat kaunter tue.

Tahu,sebab kenapa?

Air yang dipegang oleh si B ni tadi,sudah habis diminum..ish..ish..tinggal ais saja.Tergelak kakak tue.Dia kata “..tak dan nak bayaq,habih dah..”.Saya pun tersenyum..hehe.Macam-macam hal.

Tapi,satu benda yang buat saya terfikir tentang hamba Allah itu ialah,walaupun air yang diminum itu sudah habis,si B nie tadi,tetap membayar harga air tersebut.Dengan harga asal.

Jujur.

Cuba fikirkan situasi ini.Boleh sahaja si B tue tinggalkan barisan kan,tanpa membayar harga air tersebut?

Akak di kaunter bukannya perasan dan pelanggan juga ramai.Jadi keadaan diluar pengetahuan akak di kaunter tersebut.

Tapi,si B nie tetap membayar harga the ais tersebut.Saya kagum dengan         behavior  dia.
           
                       ************************

Konsepnya disini ialah,kejujuran.

Kecil-kecil dahulu,selalu kan emak ( baca : homesick ) pesan,jangan berbohong,Allah tahu kalau kamu berbohong.Nanti masuk neraka.Astaghfirullah.Takut juga time tue dengar.

Kawan pula selalu cakap,siapa selalu berbohong (baca : tipu,bukan bohong), nanti tak nak kawan.Alahai,takut hilang kawan,menjaga sungguh ‘ peraturan persahabatan’ yang ini.Zaman kanak-kanak,begitulah.

Bila sudah meningkat dewasa,masihkah dengan amalan mahmudah ini?

Cuba periksa satu per satu.Tengok dulu hubungan kita dengan Dia,” big bos ” kita.Dia Maha Hebat.Kalau Dia kata “ jadilah!”,dengan izin Dia,jadilah benda itu.Rujuk Surah Yassin.SubhanaAllah.

Sungguh,Allah selalu perhatikan kita,hatta duduk di gua Kelam yang memang kelam,kita takkan terlepas dari pandanganNya.Kalau kita jujur,InsyaAllah Dia juga Maha Mengetahui.

Waktu sembahyang,kemana fikiran kita,khusyuk atau tak,jujur atau tidak ketika melakukan ibadah itu,Dia Maha Mengetahui.Bukan sahaja ibadah solat,begitu juga amalan lain,seperti sedekah.Adakah kita benar-benar ingin bersedekah?atau supaya tak kena “ income tax dunia ” yang tiada penghujung?

Bahkan,kalau tak bayar duit teh ais pun,Dia tahu!

Kemudian,tengok pula hubungan kita dengan ahli keluarga.Dengan ayah,emak dan kemudian bersama adik beradik kita.Cuba periksa satu persatu.Jujur saya akui,kadang-kadang saya sendiri ‘ terbabas ’ pesanan ayah dan bonda.Ya Allah,rasa bersalah kadang-kadang menerpa.Berjanjilah pada diri ini,takkan mengulangi kesilapan lalu.Redha ayah dan emak itu sangat bernilai.Kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan mereka.

Selepas itu,cuba ‘flash back’ pula kejujuran kita dengan kawan-kawan.Adakah kita benar-benar sahabat yang jujur dengan mereka?Susah senang bersama,kata pepatah.

Misalnya dia meminta pertolongan kita satu hari nanti,patutkah dijawab “..sorry r,aku bizi hari nie,ada keja la weh..”,sedangkan pada waktu itu kita sedap-sedap tengok cerita Hindustan,Mohabbatein.Menangis teresak-esak.Sedih barangkali.Khabarnya.

Dan si dia,sedang menolak motorsikal kerana ketiadaan minyak,di bawah terik matahari..berpeluh-peluh.

Alahai……tak patut.Wajarlah menangis ketika melihat kepayahan kawan tadi.Dia dalam kesusahan.
Tapi kerana ketiakjujuran diri,itulah yang berlaku.

                         *********************************

Jujurkah begitu?di mana letaknya nilai ukhuwah yang murni dan jitu.

Jujurlah padaku.Bukan sahaja padaku,tetapi,jujurlah juga padaNya.

Saya doakan si A dan si B menemui hidayahNya suatu hari nanti.InsyaAllah.

 Doakan diri ini sentiasa terdidik dengan sifat mahmudah.InsyaAllah,saya akan berusaha mengamalkannya.






No comments: