Wednesday, May 18, 2011

Kitab Cinta


Musim peperiksaaan kali ini,mata ralit membaca kitab cinta. Satu persatu ayat-ayat cinta yang indah tersusun,dibaca.

Kerdil sebenarnya diri.Tiada apa-apa.

I’m nothing without Him.Zero.Weak.

Ayat-ayat cinta yang dikarang,benar-benar ayat cinta sejati.Banyak kali ditulis peringatan.Tapi,berapa kali diri ini ingat akan peringatan itu..

Kisah umat terdahulu yang melanggar perintahNya,bahkan tentang dunia ‘yang sebelah lagi’ juga diberitahu awal-awal.Tiada rahsia.Dia mahu para kekasih hatiNya mendekatkan lagi diri mereka denganNya.Mahu bersiap sedia.

Bukan dengan perisai pertahanan diri.Silat,taekwando,karate.Bukan,bukan.Tetapi dengan pertahanan iman.

Dia tidak mahu kekasih hatinya alpa.Lalai dengan nikmat yang diberi.

Berita gembira juga dikongsi dikhabarkan.Tentang ganjaran yang akan diperolehi buat sang kekasih,andai selalu mendampingiNya.Yang mengharapkan redha Dia semata-mata.Bukan redha manusia.Buat yang sering merintih denganNya di penghujung malam terakhir dan sewaktu solat fardhu.

Sungguh,kitab cinta itu lengkap.Tentang masa lampau,masa sekarang dan masa akan datang.

Past,present and future.

Kuatkan azam,Husna.Jadikan kitab cinta itu,benar-benar kitab terbaik yang  dibaca.Terima kasih kepada Dia kerana memberi kitab cinta.Kitab sejuta makna.Teman di alam sana.Ketika ditanya Mungkar dan Nangkir nanti.Teman dunia akhirat.

Namun janjiNYA
Kepada hambaNYA
Tidak pernah dimungkiri
Dan tidak pernah melupakanmu
Yakinlah kepada TUHANmu
Kerna DIAlah cinta hakiki

- Carilah cinta : Raihan -


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Surah Ar Rahman.




2 comments:

Nazira said...

wahhhhh....t husna singgah la blog zira yek..>_<

Husna said...

..insyaAllah..=)