Monday, June 25, 2012

Mahal harganya



Kecantikan seorang wanita bukan hanya terletak pada kecantikannya semata-mata,bukan jua hanya bertumpu pada akalnya yang bijaksana.Tetapi kecantikan sebenar terletak pada kesopanan budi pekertinya dan ketaatan pada Allah dan Rasulnya.

Sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

Sunday, June 24, 2012

Aku menyintaiMu!



Allah tidak pernah membiarkan hambaNya keseorangan.Semakin kita jauh dari Dia,semakin dekat Dia menghampiri kita.Dekat hingga di kalbu hati.

Kasih sayangNya tiada galang ganti.Dari kecil hingga ke mati.Pelbagai nikmat yang diberi,hingga tak terhitung dek jari.

Kuatkan imanku mengingatiMu,disetiap ketika,detik dan waktu.Aku sering lalai,ya Allah.Kerana dunia,kadangkala aku tersungkur kekalahan.

Sedangkan dunia ini hanya sementara.Dan akhirat itu kekal selama-lamanya.

Maafkan aku,ya Allah..

Maafkan aku yang hina ini…

MenyintaiMu satu kewajipan.Menyayangi manusia satu pilihan!




Wednesday, June 20, 2012

Time is GOLD




Datangnya hanya sekali.Takkan berulang berkali-kali.

Sekali datang,sekali pergi.

Silalah belajar menghargai,Husna!

Monday, June 18, 2012

Minggu yang sukar



Minggu ini dan minggu hadapan adalah waktu-waktu yang sukar.Detik-detik yang genting.

Entah berapa kali air mata menitis laju.

Ya Allah,betapa Maha Pengasihnya Engkau,kerana memberi peluang kepadaku mengenali sahabat-sahabat yang baik.

Mereka semua akan pulang ke kampung halaman,seorang demi seorang.

Waktu jamuan yang lalu,sudah ada dua tiga orang yang teresak-esak di bahu.Saya cuba memujuk mereka.Sayangnya,air mata ketika itu sangat ego untuk keluar.Masih boleh berjenaka,gelak ketawa.

Tapi,lama-lama,dia tumpas jua.

Allah..

Menatap raut wajah mereka,entah bila dapat bersua kembali.Katanya,waktu konvo nanti.Tapi tak sama dengan usia 3 tahun perkenalan ini.

Dimana engkau berada,doaku sentiasa disisimu,sahabat.Kita tetap sujud pada Pencipta yang sama,kita masih memandang langit yang sama.

Semoga kita dapat berjumpa kembali satu hari nanti!

Ya Allah,sesungguhnya ukhuwah ini sangat suci!