Saturday, May 7, 2011

Apple in My Heart







 

Bila musim imtihan,makin kuat teringat emak di rumah.
Suara dia,masakannya,nasihatnya,sentuhannya,terasa-rasa dalam hati.
Kadang-kadang,rasa macam mahu terbang ke rumah.Duduk dekat dengan mak.Minta nasihat dia semua-semua.

Tahu ayat dia?
“Jangan takut,Allah bersama kita.Mak yakin,Allah jaga Husna sebaik-baiknya.Walaupun mak jauh dari Husna,Allah sentiasa ada..”
Alahai emak!
Rindu sangat-sangat..

Bagi saya,tiada istilah hari ibu dalam hidup ini.Setiap hari adalah HARI IBU.Dan setiap hari juga adalah HARI GURU.

Masa kecil-kecil dahulu,kalau kena tegur,itu perkara biasa.
Kalau tak kena tegur,itu yang jadi LUAR BIASA!

Siapa lagi yang akan memperbetulkan diri ini selain daripada emak.Dia yang berkongsi gerak hati yang sama dengan anak-anaknya.Selama 9 bulan,36 minggu..

Dia juga berkongsi makan dengan kita.Jikalau emak makan nasi,kita jua makan nasi.
Bila sudah dewasa begini,berapa kali kita kongsi makan dengan emak,seperti dalam kandungan dulu?

Ke sana,ke mari,sentiasa membawa kita di sisi.Kasihan dia.Berat tanggungjawabnya.Agaknya atlet yang angkat berat itu pun boleh tabik dengan kaum ibu.

Tak kira apa jua panggilannya..
Emak,ibu,umi,mama,mummy,mere,dia tetap seorang yang luarbiasa.
Diri yang penuh kasih sayang,tunjuk ajar dan doa,yang tidak putus-putus mengharapkan dari Allah,yang terbaik buat anak dia.Tak pernah mengeluh,tak pernah berkira,demi anak yang tersayang.Berlapar itu perkara biasa.Asalkan anaknya  bertenaga dan sihat sentiasa.


 Ranking
Rasulullah pernah berpesan,sayangilah ibu kita selepas kita menyayangi Allah dan Rasul.
Terima kasih,ya Allah,kerana telah mengurniakan ibu yang terbaik buat saya.Superwoman sejati!
I love my mum.She likes apple in my heart!


2 comments:

Islamic_Muslimah said...

Love my mum tue..
she know the best 4 us..

Anonymous said...

yes...indeed.she share our feelings,start from we birth untill now.mum still the best person.Alhamdulilah..