Thursday, May 12, 2011

Bila Waktu Telah Berakhir







“ Husna,abang long Seha sudah meninggal dunia..”
Sahabat saya,Afifah menghantar mesej.
Inallihiwainnallilahirajiun.Daripada Allah kita datang,kepada Allah jua kita kembali.

“ Bila dia meninggal,Fifah?”.Pantas saya menaip.Mendapatkan kepastian.

“ Semalam..abang dia yang kita pergi majlisnya hari tue”.

Saya terkesima sebentar.Allahyarham baru melangsungkan majlis perkahwinannya pada bulan Februari yang lalu.Saya,Afifah,Dina dan Kak Izan sempat menghadiri majlisnya.

Serasa macam baru semalam menghadiri majlisnya.Melihat dia diarak dengan paluan kompang.AllahuRabbi.Dan kini,dia sudah dijemput pulang oleh Illahi.Isterinya sedang hamil anak pertama.
Kak Ziah,bersabarlah!Semoga Kak Ziah kuat menempuhi dugaan ini.

Berita kedua

“..Dukacita dimaklumkan,Dr Syed,pensyarah kita telah pulang ke rahmatullah semalam.Saya mewakili sahabat-sahabat menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dr Syed..semoga rohnya dicucuri rahmat.. ”

Terkejut.

Sewaktu meneliti status sahabat-sahabat di facebook,tangan ter ‘ stop ’ di status ini.Ya Allah…

Saya pernah berjumpa dengan Dr Syed sewaktu sem 2 dahulu.Masa tue,saya menghadiri program motivasi.Allahyarham merupakan penceramah dalam program tersebut.Dia seorang yang sangat baik.Bercerita tentang pelbagai perkara dengan kami semua.Dan dia cukup gembira bercerita mengenai anaknya yang menjawat jawatan MPP di sebuah IPTA.

Antara pesanannya,kejayaan bisa dicapai sekiranya kita percaya pada keyakinan diri.Dan elemen itu jugalah yang diterapkan pada anaknya.

Kebanyakan student memanggilnya dengan dengan gelaran ‘ustaz’.Mengetepikan gelaran ‘Dr’ yang ada di pangkal nama.

Dia memang baik macam ustaz!

Al Fatihah untuk Allahyarham Dr Syed.Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Berilah maghfirah dan rahmatMu,ya Allah kepadanya.Semoga ilmu yang ditinggalkan itu menjadi pahala berterusan buat Allahyarham.Ameen.

Imam Al Ghazali

Satu hari,sewaktu pengajian bersama anak muridnya,Imam Ghazali bertanya kepada mereka.

“..apakah benda yang paling dekat dengan kita?..”

Lantas,pelbagai jawapan yang dikemukan kepada Imam Al Ghazali.Berbagai versi.

Namun,kesemua jawapan itu salah belaka.

Lalu dijawab Imam Al Ghazali,

“ ..benda yang paling dekat dengan kita adalah MATI,anak muridku..”
Kematian sentiasa menghampiri kita.Semua hamba Allah akan menghadapi waktu itu.

“ Setiap yang bernyawa,pasti akan merasai mati..”

Persiapkanlah diri kita untuk melalui detik itu.Rasulullah sendiri menyarankan umatnya supaya mengiringi jenazah ke perkuburan.Supaya mengambil iktibar dan pedoman.

Kerana,kita juga akan dimandikan.Bukan lagi memakai sabun mandian follow me.

Kerana kita akan dikafankan.Bukan lagi memakai baju import dari luar negeri.

Kerana kita akan disembahyangkan.Bukan lagi menggerakkan qiam sendiri.

Dan kerana kita akan dikebumikan.Kita tak mungkin akan merasa lemas di dalam liang lahad nanti.

Bila Allah mengkehendaki,maka Izrail tidak akan berbelah bahagi lagi.Melaksanakan tugasnya yang hakiki.Pulanglah manusia ke pangkuan penciptanya yang abadi.Membuat perhitungan amalan selama hidup didunia ini.

Bagi yang berat bahagian kanannya,syurga menanti.Manakala yang berat pada bahagian satu lagi,neraka akan ditempatkannya nanti.Astaghfirullahalazim.

Wallahu’alam.

Al Fatihah buat Allahyarham abang Seha,Dr Syed dan Aimi Jarr...









No comments: