Friday, March 23, 2012

Bertemu 'Fenomena 2011'



“Rasulullah kata,di akhirat nanti,orang yang sedekah RM100,RM1000 atau RM1 juta pada masjid akan berasa sangat menyesal.Menyesal bukan sebab bagi duit tue,tapi sebab melihat nikmat dan ganjaran yang mereka perolehi di syurga kelak.Kalau mereka tahu pahalanya berganda-ganda,nescaya mereka akan menginfakkan seluruh harta mereka pada masjid.Macam Abu Bakar,Uthman,hampir separuh harta mereka disalurkan pada Islam.Begitu juga dengan sahabat Nabi yang lain..”

“La nie sedang berlaku perang Salib yang kedua di timur tengah.Di Afghanistan,umat Islam dibunuh,Al Quran dibakar begitu juga di Iraq,Syria semua.Orang kafir tak puas hati dengan kekalahan mereka pada perang Salib yang lalu,jadi sekarang mereka balas dendam.Dah tue kita buat apa kat Malaysia?..”

Bila ditanya soalan,

“Ustaz,apa pendapat ustaz kalau Ulama tak bagi undi tettt dalam pilihanraya akan datang?”

Jawabnya,

“Ni kalau kita jawab nie,ada naik lori nanti.Mu takpa,sebab mu yang tanya soalan.Kita nanti yang kena soal siasat.Hehe..dalam soal ini,saya tidak menyebelahi mana-mana pihak.Cuma,kita diingatkan,kalau pemerintah berlaku tidak adil,bertindak zalim terhadap Islam,kita hendaklah menolak kerajaan begitu.Bila wang zakat tidak diberi dengan adil,bila Islam dimain-mainkan,haa time tue,kita kena bertindak..”

:: Madrasah Islahiyah Padang Serai,Kulim ::
18/03/2012


“Pok Mang asalnya seorang nelayan yang mencari rezeki di laut pantai Terengganu.Saya mula mengenali beliau apabila saya pergi memancing di laut dengan menyewa botnya.Dia dikenali oleh rakan-rakan nelayan sebagai Man Dakwah atau Man Janggut dan berasal dari Kampung Ladang,Kuala Terengganu.Dia sangat berminat pada perkara-perkara yang berkaitan agama dan orangnya mudah mesra.

Apabila keadaan ekonominya tidak menentu kerana hasil tangkapan semakin berkurangan akibat saingan bot-bot nelayan luar,saya mengajak Pok Mang untuk bersama saya sebagai pembantu kuliah.Mulai saat itulah Pok Mang selalu bersama saya.
Saya menjadikan Pok Mang sebagai model dalam kerja-kerja fotografi untuk menunjukkan kepada dunia fotografi,gambar yang CANTIK tidak SEMESTINYA menggunakan model-model wanita muda yang mendedahkan aurat.Hasilnya,Pok Mang sekarang sudah dikenali di seluruh dunia dalam dunia fotografi..”

:: Majalah Anis Mac 2012 ::


No comments: