Tuesday, March 20, 2012

Kampung Boy



Saya teringat cerita ayah ketika bercuti sebulan yang lalu.Habis sahaja sarapan pagi,saya dan adik-adik duduk tekun ‘menelaah’ cerita yang dikongsi.Agak sakit perut juga sepanjang sesi bercerita berlangsung.Sakit perut bukan sebab sarapan pagi yang luar biasa pedasnya,tetapi ketawa sepanjang story telling tersebut.

Antara cerita yang saya ingat ialah ketika ayah sekolah rendah dahulu.Duduk di kampung,kata ayah,bukanlah senang.Budak kampung,pakaian sekolahnya cukup pakai sahaja.Asal ada seluar pendek dengan baju putih untuk dibuat uniform,itu sudah memadai.

Manakala beg sekolah,kadang-kala menggunakan plastik atau beg rotan kalau saya tak silap.Bekas pensil atau pensil case,pun jarang ada.Pergi ke sekolah,pagi-pagi subuh lagi sudah berjalan kaki.Kata ayah,kalau ‘rajin’ sikit,lumba lari pergi sekolah.Lepas tue bila sampai kat sekolah,termengah-mengah kepenatan..hehe..

Ada sekali tue,cikgu mereka nak ambil gambar kelas.Maka,bersiap-siaplah semua,mengenakan pakaian yang kemas.Maklumlah,nak ambil gambar.Sebelum gambar tue diambil,cikgu kelas awal-awal lagi sudah berpesan,

“Bila saya kira sampai tiga,kamu semua jangan bergerak dan senyum ya..”

Agaknya lebih kurang begitu lah pesanannya.

Cerita ayah lagi,waktu itu ada yang kena berdiri diatas kerusi ,ada yang kena duduk bertinggung di bawah.Manakala cikgu pula duduk di tengah-tengah,dikalangan anak muridnya.

Sebelum gambar diambil,cikgu ke depan,membetulkan kamera yang perlu di setting siap-siap.Pernah tengok tak kamera dulu-dulu?kamera yang besar,yang keluarnya gambar hitam putih.Kameranya,kalau saya tak silap,kita perlu menunggu sehingga satu jam,sebelum lampu flash menyala.Lama kan?hehe..


Nak dipendekkan cerita,kata ayah,sewaktu cikgu memberi arahan menyuruh duduk diam-diam dan senyum itu,keadaan agak hingar bingar.Ada yang dengar arahan,ada yang tidak.Keadaan waktu tue tak stabil.Dengar tak dengar je,cerita ayah lagi.

Kemudian,ada seorang budak nakal nie.Dia berada di posisi belakang bersama-sama kawan-kawannya.

Bila cikgu beri arahan sebegitu,dia telah memanipulasikan arahan tersebut!nak tahu dia pesan apa kat kawan sekelasnya?

“Nanti kalau nampak cikgu lari,kita lari sama tau..”

See,mesti kome dah boleh agak apa yang akan terjadi?hehe..

Kawan-kawannya yang agak naif,lurus mengangguk-angguk,tanda menerima arahan dengan jelas.

Cikgu pun ke depan,habis sahaja dia setting kamera besar tue,dia pun berlari-lari anak ke tempat duduknya.Takut-takut tak sempat nak ambil gambar nanti.Anda tahu apa yang terjadi kat anak muridnya bila melihat cikgunya sebegitu?

Mereka pun bertempiaran lari merata-rata..!wahaha..

Wahaha..waktu ayah cerita tue,saya dengan Ayub tak dapat tahan gelak dah..wahaha..


Yang menghiburkan lagi,habis sahaja budak-budak tue lari,lampu flash pun menyala dan tinggallah cikgu tue sorang di bangkunya bersama dua tiga orang insan yang mendengar arahan dengan jelas.Yang kelakarnya,kata ayah,cikgu tue siap senyum lebar lagi,dan dibelakangnya adalah kerusi-kerusi kosong..wahaha..

Habis sahaja sesi bergambar tersebut,cikgu tue pergilah mencari anak muridnya yang menyorok merata-rata.Kata ayah,ada yang menyorok didalam tandas,ada yang lari bersembunyi dibawah kerusi didalam kelas,ada yang di pembetung air,macam-macam tempat.Ada yang terkejut,sebab lampu flash tue memancar dengan sangat terang,agaknya sebab takut,diorang pun lari la..hehe..

Sambil memiat telinga budak-budak tue,cikgu tu bagi amaran lagi siap-siap,

“Saya kata duduk diam-diam,bukan lari bila nampak saya lari..”

Kih..kih..kih..

Kata ayah,tinggallah dia dan kawan-kawannya dua tiga kerat dalam gambar tue..hehe..

Macam kelas kena tinggal!macam-macam hal.

Seronok kan bila kita duduk mendengar cerita bonda dan ayahnda kita?ada banyak lagi cerita ayah yang masih saya ingat.InsyaAllah,kalau ada kesempatan nanti saya akan ceritakan di lain entri.

Patutkah ‘kampung boy’ dibuat siri?
>_<

No comments: