Friday, September 21, 2012

Rindu Kak Jue


 Kata orang,manusia jarang menghargai sesuatu yang berada didepan mereka.Bila sesuatu atau seseorang berada disisi mereka,waktu itulah hendak bermasam muka,merungut,mengomel,macam-macam kisahnya.

Bila benda itu hilang,waktu itulah rasa kehilangan.Mulalah kata “kalaulah si fulan ada…” atau “betapa nikmatnya ada….”

Kata Dr Muhaya,masa yang paling berharga adalah sekarang.Orang yang paling penting,adalah dihadapan kita.

Rindu teman-teman,kak Jue,Akak Sahabat Masjid.Rindu semua…

Kak Jue..emak pernah berpesan pada dia,tolong tengok-tengokkan saya waktu diawal semester dulu.Rindu Kak Jue yang kuat berusaha,rajin bercerita.Bila kak Jue sudah habis belajar,rasa ‘regret’ tue ada juga kadang kala.Kami jarang buat kerja ‘gila-gila’.Malu agaknya.Kalau berjumpa semula,boleh bercerita berbagai benda.Dengan Kak Jue,saya belajar kecek kelate sikit-sikit.Sampaikan kalau ‘saing-saing’ dia datang ke bilik,InsyaAllah saya faham apa yang mereka ceritakan. =)

Dengan Kak Syaie nya,Kak Siti nya.Kak Syaie dengan murah hati,aktifnya.Kak Syaie juga boleh buat pelbagai tugas.Kira multipurpose laa..hehe..Kak Siti dengan comelnya,selipar birunya.Rajin bercerita pelbagai perkara.Teringat waktu Kak Jue demam panas.Saya risau melihat dia.Sebelum ke kelas,sempat memberitahu Kak Siti,tolong tengok-tengokkan kak Jue.

Sekarang,saya tertanya-tanya juga bahasa kelate,sebab dah jarang dengar secara live..hoho.Miss that moment !

Kak Jue,Husna rindukan akak sangat-sangat.Rindu muka comel Kak Jue.. :’)

Husna doakan Kak Jue dipertemukan dengan lelaki yang soleh,yang dapat membahagiakan Kak Jue dunia akhirat.InsyaAllah.


Monday, September 3, 2012

Ngiau ngiau itu saudara kita!


Hujan turun dengan lebat diluar rumah.Alhamdulilah.Memang sekarang boleh dikatakan setiap hari hujan akan turun.Samada pagi atau petang,atau sepanjang hari.Syukur.Sejuk sedikit bumi selepas panas dengan isu orang bergaduh yang tak berkesudahan.Pening!

Petang itu didapur,sedang saya mengemas pinggan mangkuk di sinki,telinga menangkap bunyi bising diluar rumah.Mulanya saya abaikan sahaja agak saya,barangkali bunyi motor merempitt..preng prengg diluar rumah.

Bila saya amati,bunyi itu semakin lama,semakin kuat.Walaupun hujan lebat,ia jelas kedengaran.Selepas mengesat tangan,saya menjenguk melalui pintu dapur.MasyaAllah,banyaknya anjing!agak saya dalam 6 hingga 7 ekor begitu.Keadaannya seolah-olah sedang bergaduh dengan sesuatu.Saya terus amati kawanan anjing tersebut dan terpandang sesuatu yang berwarna putih.Bagaikan ingin pengsan saya terpandang benda itu,seekor kucing putih yang kecil!

Kasihannya!bayangkan seekor kucing sedang bergaduh dengan sekumpulan anjing yang rata-ratanya bersaiz besar.Arghh,saya geram.Dari jauh,saya nampak kucing itu bagaikan dibuli.Sekejap sekejap ia bagaikan dilambung ke udara oleh anjing-anjing tersebut.Binatang mughalazah itu mengerumuni kucing tersebut.Ya Allah,darah saya berderau.Kucing itu dimakan oleh si anjingkah?bunyi ngiauannya semakin kuat.Saya pekikkan suara,menghalau anjing-anjing tersebut.Shafie terus mengambil batu,dibalingnya kearah kawanan anjing tersebut.Aishah dan Fatimah mula menghalau.Hati saya mula resah.Janganlah kucing tersebut dibaham oleh binatang itu,sebab suaranya sudah tidak kedengaran lagi.

Saya risau,takut kalau ada apa-apa terjadi pada si putih itu.

Bila anjing-anjing tersebut pergi,keadaan menjadi sunyi sepi.Hati saya mula sebak.Hendak pergi ke tempat itu,saya tak berani.Saya kalah bila melihat makhluk yang cedera.Saya panggil adik yang berada di kebun untuk melihat kucing tersebut.”Pergilah tengok kalau ada apa-apa terjadi kat kucing tue..kalau dia mati,kena cepat-cepat tanam..”,seru saya.Aishah siap berpesan,hati-hati,jangan diangkat binatang itu sembarangan.Dikhuatiri terkena air liur anjing tersebut.Dengan penuh cermat,adik pergi menjenguk kucing tersebut.

“Kaklong,kucing hidup lagi..!”

Allah,rasa nak menangis saya ketika itu!syukur Alhamdulilah.

“Tapi  kalau tengok badan dia..sian weh..penuh dengan bekas warna hitam..kaki dia patah..orang tak berani nak dekat..dia macam tengah marah lagi..badan dia kena gigit dengan anjing..orang try nak angkat,tapi dia macam nak terkam..agaknya dia ingat orang nak kacau dia..”,adik memberitahu.

“Sekarang nak buat macamana?”

Emak mencadangkan supaya kucing diangkat menggunakan plastic hitam,kemudian dimasukkan kedalam kotak.Makhluk itu diam sepanjang dibuat demikian.Agak saya,ia masih lemah lagi angkara anjing-anjing kejam tadi.

Hendak dibawa ke veterinar,cuaca semakin mendung,gelap.Jarak klinik veterinar juga agak jauh dari tempat kami.Lantas,kami putuskan kucing tersebut diletakkan dibawah rumah beserta makanan dan air.Adik turut menyapu ubat pada anggota yang tercedera.Kasihan,tentu ia menderita!

Keesokan harinya,saya tidak mendengar sebarang bunyi dari kucing tersebut.Bila adik menghampiri kotak tempat mastautin sementaranya,
“Kaklonggg..kucing dah matiii..!!”

Ya Allah……………………………………..

Saya terkesima.

Akhirnya makhluk yang tidak berdosa itu ditanam bersebelahan rumah.Adik siap meletakkan batu sebagai tanda kuburnya.Bila Fatimah pulang dari sekolah,dipetiknya bunga mawar dihalaman rumah,ditaburnya bunga itu di atas kubur.Hati si kecil.

Sebelum ditanam,saya perhatikan badannya yang penuh dengan bekas gigitan.Barangkali badannya tidak dapat menahan kuman-kuman yang terkandung didalam enzim air liur anjing tersebut.Bukan seekor,tetapi 7 ekor!bayangkan.Walaupun kucing itu bukan milik kami sekeluarga,tetapi ia kerap datang untuk menumpang makan,bermain dan sebagainya.Kata Aishah,kucing itu sedang mengandung.Lagi bertambah pilu mendengarnya.

Ia juga makhluk Tuhan.Makhluk Allah.

Semoga ia damai disana.Bersama binatang-binatang syurga.Ameen!

Bila diingat-ingat kembali,saya bertemu analogi ini disebalik kisah tadi.

Disebalik kegembiraan kita menyambut Syawal sekarang,kita bagaikan terlupa dengan saudara seagama yang sedang menderita.

Kita terlupa dengan isu rakyat Syria yang rakus disembelih hampir setiap hari.

Kita alpa dengan isu Rohingnya yang dibersihkan di negara sendiri.

Apatah lagi dengan isu Palestin yang tidak berkesudahan sehingga ke hari ini.

Kita memang lalai.Kita memang alpa.Kita memang cuai.

Saya yang lalai.Saya yang alpa.Saya yang cuai.Kalau tiada yang ingatkan,memang tak ingat.

Sadisnya !


Bayangkan kucing putih yang kecil itu saudara kita yang sering dizalimi.Dikerumuni beramai-ramai,ditindas,dilambung-lambung dengan musuh Islam.Dia merintih macamana sekalipun,orang yang menganiaya itu takkan peduli.Sampai mangsanya mati,barulah dia puas hati.

Kalau difikirkan anjing itu bukan berani sangat sebenarnya.Kata ayah,kalau dibaling batu,memang ia akan lari lintang pukang.

Musuh kita juga bukan berani juga.Kalau dibaling ‘batu serangan’ kita pada mereka,nescaya mereka akan gelisah,gentar dengan orang Islam.

Batu serangan kita ialah perpaduan.Batu itu bukan bersaiz kecil,ia hanya mewakili seorang Muslim sahaja.Ia mestilah batu besar.Mewakili hati umat Islam yang bersatu padu.

Kalau diperhatikan juga,kucing itu mati akibat virus yang terdapat pada gigitan anjing-anjing tersebut.Orang Islam zaman kini,yang semakin tenat akibat digigit virus dari musuh kita.Virus hedonisme,virus fitnah yang menjadi-jadi sekarang ini.
Lemah.Tak berdaya.Hanya tahu bertekak sahaja.

Sempena merdeka kali ini,saya ingin membuat permintaan.Semoga umat Islam bersatu hati.Cukup-cukuplah musuh menganiaya kita.Bertepuk tangan,tersenyum tatkala melihat kita bergaduh.

Kalau kita bersatu hati,Palestin,Syria,Rohingnya dan sesiapa yang tertindas tidak akan bermandi darah lagi.

Carilah titik persamaan.Bukan titik perbezaan!


Wednesday, August 8, 2012

Ramadhan Kareem!



Lama tak mencoretkan sesuatu disini.Benar-benar merasai ‘cuti heaven’ di rumah.hehe.Selamat berpuasa semua!maafkan beta kerana lama menyepikan diri.Beta sihat-sihat aja.Alhamdulilah..:D.Kalau duduk di rumah,nak menulis itu perlukan kekuatan fizikal dan mental.Maklum,secara automatik,status bertukar menjadi surirumah.Bukan pembantu rumah,bukan jua orang rumah! >_<

Ramadhan semakin hampir ke penghujung.Alhamdulilah,tahun ini dapat lagi saya berpuasa bersama keluarga.Walaupun kami semua tak cukup korum sebenarnya.Ada yang berjauhan kerana memenuhi tuntutan sebagai pelajar.Kepada adik yang berada di tempat orang nun,jangan sedih-sedih.InsyaAllah,ada kesempatan kita akan berpuasa sama-sama semula satu hari nanti. *kakaknya pula yang touching..lol..*

Memandangkan 10 malam yang terakhir kian hampir,yok kita sama-sama melipatgandakan usaha untuk mencari Lailatulqadar.Mudah-mudahan berjumpa la jua hendaknya tahun ini.Kalau qiamullail itu,jangan lupa doakan saya ea..hehe..Teringat kata-kata Ustaz Syed Norhisham di radio IKIM tiap kali sahur.Kata Ustaz,kita kena berusaha mencari Lailatulqadar.Kena bersungguh-sungguh.Tambah Ustaz lagi,jangan tunggu pokok nak sujud,baru nak cari.Zaman sekarang nie dah takda pokok sangat,jadi nak tunggu tiang eletrik rukuk baru kita tahu malam itu malam Lailatulqadar ;).Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan kita.Biiznillah.

Sebut pasal puasa,teringat ketika duduk di kampus waktu awal-awal semester dulu.Kalau nak berbuka,mesti telefon rumah.Orang di rumah sudah sendawa,saya baru makan kurma.Ish ish.Tapi seronok kan?itulah pengalaman namanya.

Hari Sabtu yang lalu,saya terbaca suratkhabar yang menceritakan keadaan rakyat Malaysia yang berpuasa di luar negara.Antaranya seperti di Finland,Sweeden,Britain yang sedang Olimpik sekarang,Korea dan lain negara. Sedih pula baca kisah mereka.Manakan tidak,kalau di Finland misalnya,mereka berpuasa selama 20 jam!pengsan tak pengsan.

Pada masa yang sama,disana sekarang musim panas.Berbuka puasa sekitar pukul 12:00 malam macam tue,kemudian sahur dalam pukul 2 atau 3 pagi,sebab subuhnya masuk awal.Tiada bazar ramadhan,sedih terasa,kata mereka.

Kata kawan saya,Sharifah,tahun 2013,mereka mungkin akan berpuasa selama 24 jam!pengsan lagi!bila nak berbuka tue?

Bersyukur duduk di Malaysia.Cuacanya anjal setiap tahun,kemudahan beribadat dimana-mana. Itu pun kalau tak puasa lagi,gantung je kat tiang bendera Dataran Merdeka nun.Wahaha..

Kena malu pada orang Palestin,Syria,Rohingnya yang tetap berpuasa walaupun negara mereka dilanda peperangan.

Tahun ini juga,Fatimah si kecil kesayangan mula belajar berpuasa penuh.InsyaAllah nanti saya akan ceritakan di lain entri. =)

Ramadhan kareem!         

Thursday, July 12, 2012

Jaulah Tarbiah




Jaulah ini bukan berjalan semata-mata,tetapi turut mengambil ibrah bersama.

:: Akan berblogging semula.Yeahh!!