Kata-kata pertama
“ Bonjour! Je mappelle mademoiselle Nur Husna.Je suis etudiant de Intaf.Enchante..!”
Bila sebut kali pertama ayat diatas,berbelit lidah..hehe.Itulah kelas Bahasa Perancis.Pukul 8 kelasnya.Berjihad melawan rasa mengantuk dan boring pada waktu pagi.Belajar bahasa,macam-macam benda boleh terjadi.Kelas tak pernah sunyi sepi.Riuh rendah dengan suara kami..^_^
Merci monsieur!
*****
Kata-kata kedua
“Siapa yang mahu belajar bermain basket ball,boleh belajar dengan orang Filipina.Mereka handal bermain permainan ini.Kerana asimilasi yang dibawa sewaktu penjajahan Sepanyol dan Amerika..”
Waktu itu kami sedang belajar tentang politik di Filipina.Belajar subjek Politik Asia Tenggara membuatkan rasa mahu terbang bersama Air Asia ke negara yang dipelajari..
Now everyone can fly..!
*****
Kata-kata ketiga
“Saya teringat sewaktu belajar kat UK dulu,bila nak dekat musim sejuk,angin makin kuat.Jadi,cuaca pun mula sejuk.Saya pegi sidai kain pelikat kat luar rumah.Bila saya nak ambil kain pelikat tue kat jemuran,tengok-tengok kain dah terbang kat seberang jalan sana.Saya biarkan jelah.Nanti kalau ambil,takut orang nampak..hehe..”
Pensyarah Diplomasi saya ceritakan hal ini sambil menutup pintu yang gedangg gedegung sebab cuaca mula hendak hujan di luar.
Kelakar..hehe..saya dengan kawan-kawan tak dapat tahan gelak.
Siapalah yang jadi tuan pemilik kain pelikat itu sekarang…..
*****
Kata-kata keempat
“As an intaffian,you should know this.It will be surprising if you say to me,we don’t know,sir..kamu seharusnya tahu tentang international affair..”
Pensyarah International Organization saya.Kalau dia bertanya soalan,benda ini diulang banyak kali.Memang kena tahu,memang kena banyak membaca.
Prof Tulus memang baik.Sangat penyabar.Dia layan kami seperti anak sendiri.
Thank you Prof!
******
Kata-kata kelima
“Saya nak kongsi berita gembira,Alhamdulilah Allah murahkan rezeki,saya akan ke Paris bulan 6 nanti.Ini merupakan satu penghargaan buat Intaff khususnya dan juga buat UUM,umumnya.Saya akan pergi bersama seorang pensyarah dari USM.Kami akan mewakili Malaysia untuk membentangkan kertas kerja tentang multi-ethnic di Malaysia…”
Pensyarah Foreign Policy saya.
Tahniah Encik Faisol kerana terpilih mewakili Malaysia untuk membentangkan kertas kerja di Paris,Perancis bulan Jun ini.
Tabik spring kat cik!
Terbaik merupakan antara perkataan yang selalu disebut pensyarah saya nie..
Antara ayat dia yang melekat di memori saya..
“Saya cuma nak nyatakan,kita sebenarnya boleh buat sesuatu benda..persepsi masyarakat kita yang selalu set dalam fikiran kagum dengan orang putih,kena betulkan balik ..jika kita berusaha bersungguh-sungguh,InsyaAllah kita sama dengan mereka..Kena kuat semangat dan rajin..mereka cuma banyak membaca dari orang-orang kita..”
Encik memang terbaik!
*****
Kata-kata keenam
“ What do you think about 1 Malaysia.Don’t be afraid to tell your opinion.I don’t mind.Tak kiralah kamu site sebelah kiri atau kanan..”
Pensyarah Politik Ekonomi Malaysia..
Dia suka bertanyakan soalan dan minta pandangan dari kami.Mahu pelajarnya melontarkan idea-idea sendiri,tanpa perlu takut dengan idea itu.
Kata kuncinya,kena berani.
Dan ayat tambahan dia..
“Benda yang betul,kena beritahu.Itu memang fakta.Kena terima kenyataan..”
Maka,berdebatlah kami di dalam kelas.Seolah-olah berada di parlimen!
****************************
Konklusinya..
Semester ini memang seronok.Saya cukup enjoy belajar.Kesemua pensyarah sangat baik.Mereka turunkan ilmu yang mereka ada.
Mengajar supaya berani,gigih berusaha,banyakkan mencari maklumat,rajin bertanya.Memang TERBAIK!
Terima kasih banyak-banyak!
Rasa seolah-olah tidak puas belajar.
Dan waktu juga ibarat singkat untuk menelaah satu-satu subjek..
Semoga Allah membalas jasa pensyarah-pensyarah saya.ameen..
Sudah tidak akan lama berada disini.Cepat benar masa berlalu….