Sunday, October 21, 2012

Tuesday, October 9, 2012

Tahniah buat kalian


Mabrook Pie dan Jamilah.Cepat sungguh masa berlalu.Sedar tak sedar,tigatahun kita bersama di bumi Sintok ini.

Teringat waktu mula-mula datang ke sini,masing-masing agak blur lagi.Maklumlah,tempatnya agak jauh dari kampung halaman.12 jam perjalanan.Bangun tidur dalam bas,belum tentu sampai lagi ke selatan.

Sekarang naik bas 12 jam tue jadi biasa.Sudah jadi rutin.Kalau tak naik bas,naik bas udara.Yang lalu kat celah-celah awan.Yang itu agak payah sedikit.Kena ke Penang,dan tunggu disana.

Kalau ‘rajin’ sikit,naik keretapi.Itu pun jenuh juga.Satu malam perjalanan belum tentu sampai ke negeri tercinta.Itu pun baru separuh perjalanan,baru sampai di KL Sentral.

Semuanya jadi pengalaman.Semakin lama,semakin matang semuanya.Semakin bebas bergerak dan kuat berdikari.

Yang lawaknya,bila masing-masing sudah berada di semester terakhir,baru boleh keluar makan sama-sama.Punya bizi nya,macam YB.hehe..

Hari ini Jamilah dan Pie bergraduasi.Alhamdulilah,syukur pada Allah kerana mengurniakan rezeki ini.Moga cepat-cepat mendapat kerja selepas ini.
Ameen. ;)




dia dan bunga-bunganya ;)



Sunday, October 7, 2012

Solehah




Dialah pasangan
Pengaruh kelembutan
Bimbinglah dengan bimbingan
Cetusan membahgiakan
                          
Kau wanita terbilang,
Tabah,cekal bertandang
Kerna kau
Lahirkan penerus jasa
Kau solehah

Bahkan nyawa kau pertahankan
Agar nur iman terpelihara

 Nyanyian: Badri Ibrahim
Lagu : Farihin Abdul Fatah

:: Tenang mendengarnya di waktu pagi ::

Friday, October 5, 2012

Dunia dan akhirat



Dunia dan akhirat ibarat rumput dan padi.Tanam padi,rumput akan tumbuh jua.Tetapi tanam rumput,takkan tertumbuh padi.

Begitulah akhirat dan dunia.

Kejar akhirat,dunia akan datang bersama.Tetapi bila kejar dunia,akhirat akan tinggalkan kita.

:: Salam Jumaat.Mari baca surah Al Kahfi sama-sama :) ::

Thursday, October 4, 2012

Kalau Allah nak beri....



Setiap kali mengambil air suling di mesinnya,saya tak pandai nak mengagak berapa jumlah syiling yang diperlukan untuk dimasukkan dalam mesin tersebut.Selalunya terlebih dan jarang sekali terkurang.

Bukan terlebih syiling,terlebih air.Diisi syiling 50 sen,penuh air sebotol besar,sampai melimpah-limpah.Sayang pula rasanya.Takut membazir disitu.Diisi pula syiling sekupang atau dua kupang,kejap lagi botolnya tidak penuh pula.Haishh..

Akhirnya saya memutuskan,takpelah,isi 20 sen atau dua kupang kata orang utagha kedalam mesin dan air akan penuh jua sedikit mula sedikit.Itu pun kadang kala melimpah juga.

Apabila botol air yang diisi itu sudah penuh isinya,biasanya butang hijau ditekan.Butang hijau bermakna ‘henti sementara’.Dan biasanya,orang yang mengambil air selepas itu hanya perlu menadahkan botol mereka dan sambung semula ‘pengeluaran’ air tersebut.Syiling yang dimasukkan mereka juga sudah tidak banyak.Sebab sudah di’topu-up’ oleh orang sebelumnya.

Saya selalu menekan butang hijau itu.Takpelah,sedekah kat orang.InsyaAllah.

Macam biasa,hari ini saya pergi ke mesin air tersebut.Dari jauh saya nampak ada seorang lelaki sedang membersihkan alat itu.Bila saya menghampir,pakcik itu terperasan akan kehadiran saya.Walhal sebelum itu,dari jauh saya ralit memerhati dia membersihkan mesin.Disemburnya,dilapnya.Bila saya mendekati,pakcik pun bersuara,

“Haa,mai letak botol tue..”

Saya macam kehairanan pula.Tanpa berkata apa-apa,saya pun meletakkan botol di corong keluar air.

Dia pun meletakkan syilingnya dan terus menekan punat ‘pengeluaran air.’

Pakcik gunakan duit dia?

Habis sahaja botol diisi,*ngam-ngam pulak tue penuhnya.Takda tumpah-tumpah airnya.wahh..*,saya pun tanya kat pakcik.

“Pakcik,belanja air ea hari ini?”

“Ha’ah..ambik la..”

Alhamdulilah.Rezeki.Betul kata Ustaz Azhar Idrus,jangan lokek dengan nikmat yang Allah beri pada kita.

Banyakkan sedekah.Saya tak sangka juga sebenarnya.Selalunya bila saya mengisi air dan air tersebut penuh dan tak dapat diisi lagi,saya akan tinggalkan mesin tersebut untuk beri baki air pada orang seterusnya.

Rupanya Allah Maha Melihat.

Dia beri ‘cash’ lagi di dunia.

Syukur.Yok banyakkan bersedekah dalam hidup kita!

Wednesday, October 3, 2012

Kursus protokol Muslimah?


Hari Sabtu yang lalu,saya menghadiri kursus etika dan protokol.Nama pun ‘etika dan protokol’,maka segala ilmu protokol diberi sepanjang kursus berlangsung.Lupakan seketika tentang makanannya yang memang ohsemmm.

Ok,saya boleh beri 4.5 bintang untuk chicken chop,sup cendawan dan brownies.Alhamdulilah,memang sedap.hehe.

Kat sini,kalau sebut kursus protokol je,mesti ada yang bagitahu, “jangan lupa makan chicken chop dia..”.Lalalala..

Tenaga pengajarnya adalah orang yang agak familiar dengan saya.Dulu dia pernah bertugas di dpp saya,sekarang dia telah menukarkan dirinya ke dpp lain kerana naik pangkat.

Sepanjang sesi berlangsung,saya cukup tertarik tentang isu pemakaian yang dibincangkan.Misalnya tentang jenis baju yang boleh digunakan,alat perhiasan,solekan dan sebagainya.Puan ada juga menyentuh tentang pemakaian tudung labuh.Saya terperasan,matanya mesti memandang ke arah meja kami ketika mengutarakan tentang hal itu.

Tamat sahaja sesi itu,Puan M pun bertanya kepada kami, “ada soalan tak?”

Orang disebelah meja saya segera mengangkat tangan.

“Ya,apa soalan kamu?”.tanya puan M.

‘Puan,ada tak panduan pemakaian yang sesuai bagi kami yang bertudung labuh?’

Sebaik soalan itu diajukan,saya pandang Dina dan Amirah yang duduk bertentangan dengan saya.

“Tak ada masalah..”puan memberitahu.

“Saya menghormati kamu yang memakai tudung labuh.Ini menunjukkan kamu menjaga diri kamu sebaiknya.Tapi..”

“Jangan selalu menggunakan warna hitam.Misalnya tudung sudah hitam,baju pula hitam pastue pakai stoking hitam.Bijaklah bermain warna,asalkan warna tersebut tidak terang dan menarik perhatian orang..”sambung Puan.

Lega hati saya mendengarnya.

“Dulu,saya free hair.Lepas saya kawen,dapat hidayah,saya mula memakai tudung sampai sekarang.Alhamdulilah.Saya rasa,kita labuhkan tudung kita itu kerana kita berasa malu dengan orang lelaki…saya pun,apabila menghadiri mesyuarat bersama pengetua-pengetua yang kebanyakkannya lelaki dan perlu balik hingga lewat malam,saya akan melabuhkan tudung saya..sebab saya malu dengan mereka..”

Terharu saya mendengar.

“Pandailah bermain warna.Saya tiada masalah dengan orang yang memakai tudung labuh.Biasanya warna-warna yang sesuai dengan kamu adalah seperti kelabu,coklat,hijau dan sebagainya.Lepas tue,pakai lipstick sikit kat bibir..”,cadang Puan M.

Erkk..pakai lipstick?

“Macam kamu disana.Baju dah ok,tudung tue kalau kelabu sikit lagi dah ok..”

Iya puan.Terima kasih!hehe..

Balik dari kursus protokol,saya teringat-ingat kata Puan M.

Saya pakai tudung,sebab saya malu dengan mereka.”

Malu itu sangat mahal harganya buat seorang muslimah.Bila dia malu,dia akan melindungi segala perhiasan zahirnya daripada tatapan lelaki.Daripada rasa malu itu juga,dia berasa takut pada Allah yang menghidupkan dia sehingga hari ini.

Yang tertutup itu indah.

Tuesday, October 2, 2012

Sanah Helwah!


Selamat hari lahir Shafie.Moga menjadi anak yang soleh dan beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat.Buatlah yang terbaik untuk peperiksaan SPM akan datang.InsyaAllah.Semoga kejayaan mengiringimu.
Man jadda wa jadda!

Monday, October 1, 2012

Saya nak jadi BAIK!




Selamat datang Oktober!InsyaAllah,moga kita menjadi hambaNya yang lebih bertakwa disisiNya.

Jom jadi hamba Allah yang baik!

Bangun pagi,sematkan dalam hati, “AKU NAK JADI BAIK HARI INI.”

Buat benda-benda yang baik.

Dengar perkataan yang baik.

Tengok benda yang baik dan baca benda-benda yang baik.InsyaAllah.

Moga-moga Allah mengurniakan tempat yang terbaik buat kita di akhirat kelak.Ameen.Biiznillah.