Mabrook Pie dan Jamilah.Cepat sungguh masa
berlalu.Sedar tak sedar,tigatahun kita bersama di bumi Sintok ini.
Teringat waktu mula-mula datang ke sini,masing-masing
agak blur lagi.Maklumlah,tempatnya agak jauh dari kampung halaman.12 jam
perjalanan.Bangun tidur dalam bas,belum tentu sampai lagi ke selatan.
Sekarang naik bas 12 jam tue jadi biasa.Sudah
jadi rutin.Kalau tak naik bas,naik bas udara.Yang lalu kat celah-celah awan.Yang
itu agak payah sedikit.Kena ke Penang,dan tunggu disana.
Kalau ‘rajin’ sikit,naik keretapi.Itu pun jenuh
juga.Satu malam perjalanan belum tentu sampai ke negeri tercinta.Itu pun baru
separuh perjalanan,baru sampai di KL Sentral.
Semuanya jadi pengalaman.Semakin lama,semakin
matang semuanya.Semakin bebas bergerak dan kuat berdikari.
Yang lawaknya,bila masing-masing sudah berada di
semester terakhir,baru boleh keluar makan sama-sama.Punya bizi nya,macam
YB.hehe..
Hari ini Jamilah dan Pie bergraduasi.Alhamdulilah,syukur
pada Allah kerana mengurniakan rezeki ini.Moga cepat-cepat mendapat kerja selepas
ini.
Ameen. ;)
dia dan bunga-bunganya ;) |
No comments:
Post a Comment