Setiap kali mengambil air suling di
mesinnya,saya tak pandai nak mengagak berapa jumlah syiling yang diperlukan
untuk dimasukkan dalam mesin tersebut.Selalunya terlebih dan jarang sekali
terkurang.
Bukan terlebih syiling,terlebih air.Diisi syiling 50 sen,penuh air sebotol
besar,sampai melimpah-limpah.Sayang pula rasanya.Takut membazir disitu.Diisi
pula syiling sekupang atau dua kupang,kejap lagi botolnya tidak penuh pula.Haishh..
Akhirnya saya memutuskan,takpelah,isi 20 sen
atau dua kupang kata orang utagha kedalam mesin dan air akan penuh jua sedikit
mula sedikit.Itu pun kadang kala melimpah juga.
Apabila botol air yang diisi itu sudah penuh
isinya,biasanya butang hijau ditekan.Butang hijau bermakna ‘henti sementara’.Dan
biasanya,orang yang mengambil air selepas itu hanya perlu menadahkan botol
mereka dan sambung semula ‘pengeluaran’ air tersebut.Syiling yang dimasukkan
mereka juga sudah tidak banyak.Sebab sudah di’topu-up’ oleh orang sebelumnya.
Saya
selalu menekan butang hijau itu.Takpelah,sedekah kat orang.InsyaAllah.
Macam biasa,hari ini saya pergi ke mesin air
tersebut.Dari jauh saya nampak ada seorang lelaki sedang membersihkan alat
itu.Bila saya menghampir,pakcik itu terperasan akan kehadiran saya.Walhal sebelum
itu,dari jauh saya ralit memerhati dia membersihkan
mesin.Disemburnya,dilapnya.Bila saya mendekati,pakcik pun bersuara,
“Haa,mai letak
botol tue..”
Saya macam kehairanan pula.Tanpa berkata
apa-apa,saya pun meletakkan botol di corong keluar air.
Dia pun meletakkan syilingnya dan terus menekan
punat ‘pengeluaran air.’
Pakcik gunakan duit dia?
Habis sahaja botol diisi,*ngam-ngam pulak tue
penuhnya.Takda tumpah-tumpah airnya.wahh..*,saya pun tanya kat pakcik.
“Pakcik,belanja air ea hari ini?”
“Ha’ah..ambik la..”
Alhamdulilah.Rezeki.Betul kata Ustaz Azhar Idrus,jangan
lokek dengan nikmat yang Allah beri pada kita.
Banyakkan sedekah.Saya tak sangka juga
sebenarnya.Selalunya bila saya mengisi air dan air tersebut penuh dan tak dapat
diisi lagi,saya akan tinggalkan mesin tersebut untuk beri baki air pada orang
seterusnya.
Rupanya Allah Maha Melihat.
Dia beri ‘cash’ lagi di dunia.
Syukur.Yok banyakkan bersedekah dalam hidup kita!
No comments:
Post a Comment