Wednesday, October 3, 2012

Kursus protokol Muslimah?


Hari Sabtu yang lalu,saya menghadiri kursus etika dan protokol.Nama pun ‘etika dan protokol’,maka segala ilmu protokol diberi sepanjang kursus berlangsung.Lupakan seketika tentang makanannya yang memang ohsemmm.

Ok,saya boleh beri 4.5 bintang untuk chicken chop,sup cendawan dan brownies.Alhamdulilah,memang sedap.hehe.

Kat sini,kalau sebut kursus protokol je,mesti ada yang bagitahu, “jangan lupa makan chicken chop dia..”.Lalalala..

Tenaga pengajarnya adalah orang yang agak familiar dengan saya.Dulu dia pernah bertugas di dpp saya,sekarang dia telah menukarkan dirinya ke dpp lain kerana naik pangkat.

Sepanjang sesi berlangsung,saya cukup tertarik tentang isu pemakaian yang dibincangkan.Misalnya tentang jenis baju yang boleh digunakan,alat perhiasan,solekan dan sebagainya.Puan ada juga menyentuh tentang pemakaian tudung labuh.Saya terperasan,matanya mesti memandang ke arah meja kami ketika mengutarakan tentang hal itu.

Tamat sahaja sesi itu,Puan M pun bertanya kepada kami, “ada soalan tak?”

Orang disebelah meja saya segera mengangkat tangan.

“Ya,apa soalan kamu?”.tanya puan M.

‘Puan,ada tak panduan pemakaian yang sesuai bagi kami yang bertudung labuh?’

Sebaik soalan itu diajukan,saya pandang Dina dan Amirah yang duduk bertentangan dengan saya.

“Tak ada masalah..”puan memberitahu.

“Saya menghormati kamu yang memakai tudung labuh.Ini menunjukkan kamu menjaga diri kamu sebaiknya.Tapi..”

“Jangan selalu menggunakan warna hitam.Misalnya tudung sudah hitam,baju pula hitam pastue pakai stoking hitam.Bijaklah bermain warna,asalkan warna tersebut tidak terang dan menarik perhatian orang..”sambung Puan.

Lega hati saya mendengarnya.

“Dulu,saya free hair.Lepas saya kawen,dapat hidayah,saya mula memakai tudung sampai sekarang.Alhamdulilah.Saya rasa,kita labuhkan tudung kita itu kerana kita berasa malu dengan orang lelaki…saya pun,apabila menghadiri mesyuarat bersama pengetua-pengetua yang kebanyakkannya lelaki dan perlu balik hingga lewat malam,saya akan melabuhkan tudung saya..sebab saya malu dengan mereka..”

Terharu saya mendengar.

“Pandailah bermain warna.Saya tiada masalah dengan orang yang memakai tudung labuh.Biasanya warna-warna yang sesuai dengan kamu adalah seperti kelabu,coklat,hijau dan sebagainya.Lepas tue,pakai lipstick sikit kat bibir..”,cadang Puan M.

Erkk..pakai lipstick?

“Macam kamu disana.Baju dah ok,tudung tue kalau kelabu sikit lagi dah ok..”

Iya puan.Terima kasih!hehe..

Balik dari kursus protokol,saya teringat-ingat kata Puan M.

Saya pakai tudung,sebab saya malu dengan mereka.”

Malu itu sangat mahal harganya buat seorang muslimah.Bila dia malu,dia akan melindungi segala perhiasan zahirnya daripada tatapan lelaki.Daripada rasa malu itu juga,dia berasa takut pada Allah yang menghidupkan dia sehingga hari ini.

Yang tertutup itu indah.

3 comments:

Anonymous said...

merindui kalian..

Nur Husna said...
This comment has been removed by the author.
Nur Husna said...

kami juga sangat merindui kamu disana.Ukhuwah fillah :)