Wednesday, April 13, 2011

April sudah mari.


ikatan rasmi

Alhamdulilah,sudah masuk bulan April.Masih lagi di awal  bulan rasanya.Hari tue,saya tengok kalendar, kita sudah berada di bulan Jamadilawal.Tak sabar tunggu Ramadhan. Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab dan kemudian Syaaban. Maka,tibalah bulan mulia itu. Seronok. Sungguh,saya tak tahu kenapa.
Mungkin sebab tahun ini,buat julung – julung kalinya sepanjang saya belajar di kampus,inilah kali pertama saya akan berpuasa penuh.Dirumah.Alhamdulilah.Syukur sangat2.Nanti kita cerita tentang Ramadhan di rumah ye.InsyaAllah.Kalau Allah izinkan.
Sebut tentang April,tak terlambat lagi rasanya saya nak ucapkan selamat pengantin baru buat sepupu kesayangan saya,kak Dayah.Dia diijabkabulkan dengan ‘sepupu baru’ kami pada 1 hb yang lalu,bersamaan dengan hari Jumaat.Alhamdulilah.Allah permudahkan majlisnya.Kepada abang Pian,selamat datang ke keluarga kami.Bertambahlah ahli keluarga kami.Hehe…..syukur.Selepas nie,tak bolehlah kacau kak Dayah lagi.huhu…kami selalu berkongsi rasa.Teringat dulu – dulu,masa  e-mail tak popular seperti sekarang,kami selalu berutus surat…hehe.sungguh klasik,kan?akak selalu gunakan alamat pejabat ayah.Jadi,ayah lah selalu yang akan menyampaikan pada saya.Sehingga sekarang saya masih menyimpan surat – surat itu.Setiap kali hari raya juga,saya selalu layangkan kad raya pada saudara – mara di Johor Bahru sana.Yang selalunya dapat,dia,makcik dan juga arwah atok saya.Bila kami sudah ada keluarga nanti,insyaAllah saya akan tunjukkan surat – surat itu pada ‘generasi’ kami…hehe.Saya malu nak gunakan perkataan ‘anak – anak’ .Muda lagi rasanya nak guna perkataan itu.Katakan pada mereka,bonda mereka dulu,sangat rapat ukhuwahnya..Alhamdulilah.
Oh ya,tahu apa yang menarik tentang sepupu saya ini?tarikh lahirnya sama dengan adik saya,si Fatimah.Kemudian,tarikh majlisnya sama dengan tarikh perkahwinan ibu dan ayah saya...hehe.Adik saya cerita,semasa bonda dan ayah nak pergi ke majlis belah lelaki,adik suruh bonda pakai baju sama dengan ayah kan.Yelah,sempena ulangtahun perkahwinan.Kebetulan serentak dengan majlis dirumah abang Pian.Bonda saya tak mahu.haha..dia malu.Tapi,bila saya tengok album perkahwinan kak Dayah,aloh macam sedondon pula dengan ayah saya…sabo je la…hehe..bukan setakat bonda dan ayah yang sama warna bajunya,Fatimah pun ikut sekali.ish..ish..budak kecik tue memang.
Saya tak dapat nak masukkan gambar,sebab ada teknikal error..huhu.Sabo je la.
Buat kak dayah,Selamat Pengantin Baru diucapkan.Semoga mahligai yang dibina,InsyaAllah berkekalan sehingga ke akhir hayat.Semoga Allah limpahkan nikmat berpanjangan sepanjang hidup bersama.Sepatah kata Ustaz Hasrizal ‘kelebihan pasangan disyukuri,kekurangannya diredhai’.InsyaAllah.




No comments: