Sunday, April 24, 2011

Bila RahmatNya turun.







Saya suka hari hujan.Bila nampak sahaja kelibat awan mendung,mood akan berubah kepada gembira.Hujan itu motivasiku...hehe..

Bila air hujan mula menitis ke bumi,kita akan berasa damai,aman dan sejuk,kan?.Waktu itulah,bumi yang kita duduk sekarang sedang dibersihkan oleh sang hujan.

SubhanaAllah.

Dia Maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Cuba tengok pula,selepas hujan,apa yang terjadi pada bumi?nyaman..Mood manusia juga akan berubah selepas hujan.Dan selepas itu,pelangi akan muncul mengambil tempat.


Cantiknya pelangi,sehingga tak terungkap dengan kata-kata.Cubalah renung keadaan alam selepas hujan di tepi pantai dan sawah padi..sungguh,sangat menakjubkan.Rasa takjub dengan kebesaran Dia.Pemilik langit dan bumi.

Pesanan buat diri ini dan juga sahabat-sahabat sekalian yang kadang-kadang tak keruan hidupnya,sesungguhnya Allah menciptakan tiap-tiap sesuatu bukan dengan sia-sia.Setiap ciptaan itu ada manfaat untuk diamati oleh manusia dan difikirkan oleh mereka.

Kadang kala kita sering berhadapan dengan keadaan dimana,tiada semangat dan motivasi untuk melakukan sesuatu.Tetapi,apabila teringatkan petikan Surah Ar-Rahman,rasa macam sayu di hati.

 Nikmat yang mana lagi hendak kamu dustakan?

Speechless.Tak terkeluar kata-kata..

Turunnya hujan,bererti turunnya rahmat dari Allah.Rahmat yang tiada bertepi,tiada batasan.Sungguh luas kasih sayangMu Ya Allah.

“ Dan antara tanda-tanda kekuasaanNya Dia memperlihatkan kepadamu kilat untuk ( menimbulkan ) ketakutan dan harapan,dan Dia menurunkan hujan dari langit,lalu menghidupkan bumi dengannya sesudah matinya.Sesungguhnya pada semua itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang menggunakan akalnya ”
Surah Ar Rum,ayat 24

Pensyarah saya pernah berkata,hujan itu satu rahmat,kan?
Jadi,sesiapa yang lari sewaktu hari hujan,adakah dia lari dari rahmat?
Kami para pelajarnya,senyum sahaja..=)
Renung-renungkan dan selamat beramal..
Wallahu'alam..
       

No comments: