Saturday, April 23, 2011

Dia datang lagi!

Assalamualaikum..



Mesti kenal dengan poster ini kan?hehe..


Kepada ulat-ulat buku kat Malaysia,mesti berdebar-debar tunggu tarikh 22 April hingga 1 Mei 2011..

Ya,Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ( PBAKL ) sudah tiba!!
(mood gembira)

Kali ini,tempatnya macam biasa seperti tahun-tahun sudah,di PWTC.Waktu pameran pula bermula pada pukul 10 pagi hingga 9 malam,kalau saya tak silap.Cantik kan poster dia?.Apa yang menariknya,tahun ini merupakan tahun ke 30 penganjuran pesta buku ini.

Saya pasti,peminat-peminat buku di tanahair sudah mula menyimpan duit sejak beberapa bulan yang lalu.Bukan sahaja menyimpan duit,malah menyenaraikan juga buku-buku yang hendak dibeli.Dan tak mustahil kalau senarai panjang buku itu mengalahkan senarai barang nak beli di pasaraya..hehe.Agak-agaknya,siapalah yang selalu buat senarai macam itu ye?oppss,bukan saya..=)

Di pesta buku ini,anda bukan sahaja mendapat buku dalam potongan harga yang cukup murah ( dalam harga yang sangat rendah pun ada) ,malah,dapat berjumpa dengan penulis-penulis buku yang anda minati.Seronok kan?selalu baca buku mereka,inilah peluang nak jumpa penulis kegemaran anda.InsyaAllah.

Saya merasakan,pembelian di pesta buku ini adalah pembelian yang bermanfaat dan berbaloi-baloi.Sungguh,buku itu seolah-olah mempunyai satu kuasa magis yang boleh menngubah sikap manusia sebenarnya.Sebab itu ada pepatah yang menyebut,mata pena itu lebih tajam dari mata pedang.Betul tak?

Saya nak cari buku Ibnu Battutah yang terkenal,Al Rihlah tajuknya.Tapi,saya tak pasti,samada buku itu ada disana atau tak.Satu lagi buku yang saya nak cari adalah,buku Harun Yahya.buku itu menerangkan tentang konsep menolak Darwinisme.Kalau ada,InsyaAllah saya akan beli.

Bercerita tentang buku,saya sudah baca buku Dr Mahathir yang baru.Sambil baca,sambil senyum.Sebab macam tak percaya pegang “buku idaman ramai”..hehe.Sepupu saya cerita,dia tak tanggalkan lagi plastik yang membaluti buku Dr M tue..hehe.Sayang katanya.Sabo je la..
 

Nak dijadikan cerita,saya dapat tugasan berkaitan pemerintahan Dr Mahathir,jadi saya gunakan buku itu sebagai rujukan..hehe.Gunakan satu buku,boleh dapat semua info..hehe.ish,bagus kan?tak juga,saya kena cari journal dan thesis yang berkaitan dengan beliau.Oh,saya sudah berjumpa dengan Dr Mahathir,tahun lepas..hehe.Macam mimpi.Saya kagum dengannya.Dia nampak sihat walaupun sudah melangkui umur 80-an? Tun ada rahsia ka?sharing,sharing..^_^

Jauh bercerita sampai Dr Mahathir pula..hehe.Jom,pakat mai ramai-ramai ke pesta buku tue ye.Membaca memperkasakan minda.jangan lupa jaga keselamatan anda,kaum kerabat disana.Semoga Allah melindungi.InsyaAllah.

No comments: