Thursday, May 31, 2012

Bon Chance!




Musim peperiksaan semakin hampir.InsyaAllah kalau tiada halangan,esok akan bermulanya imtihan di Sintok ini.Sana sini saya perhatikan,student tak lepas dengan nota di tangan.Tadi,sewaktu menelefon bonda,saya terperasan blok ini semakin sunyi.

Samada sunyi kerana orang semakin ramai pulang ke kampung (baca : sebab exam mereka lambat lagi) atau pun sunyi kerana masing-masing tengah khusyuk menatap nota.Di tepi mesin basuh pun mereka ralit membaca nota,sambil menunggu baju siap dibasuh!

Allah.Bimbang,risau dan gementar.Saya mula merasai aura peperiksaan.

Sejujurnya,saya sangat menyukai peperiksaan.hehe.Bila lihat orang kesana kemari dengan nota disisi,rasa semangat untuk belajar itu meninggi.Sangat sukakan suasana itu.Rasa ‘eager’ itu menjadi-jadi.ahah.

Saya terperasan juga,ramai yang mula memenuhi masjid.Ada yang study berkumpulan,ada yang keseorangan.Penat belajar,mereka ambil wudhuk dan buat solat sunat 2 rakaat.Allah,syahdunya.Pada Allah jualah kita sandarkan harapan.

Terserempak dengan Amirah dengan Yana di masjid semalam.Masing-masing khusyuk menatap pada nota yang diletakkan atas rehal besar.Waktu tue di masjid sudah agak sunyi,selepas isyak.Yana akan memulakan peperiksaannya hari Khamis depan.Paper ‘Tanah’ katanya.Cerita Yana,subjeknya menarik,nak memahamkan itu agak pening sedikit.Belajar tentang tanah,dan ianya memang ada kaitan dengan kehidupan kita seharian.Bahkan kita sendiri berasal darinya!

Sementara adik kesayangan pula,si Amirah akan mula menduduki peperiksaan esok.Subjek Pengantar Sains Sosial.Wah,subjek yang nampak senang.Tapi agak payah untuk skor!soalannya agak keliru sedikit,sebab banyak jawapan yang hampir serupa.

Kepada Yana dan Amirah,selamat menjawab peperiksaan dengan baik.InsyaAllah,moga Allah membantu kalian menjawab kelak.

Pada sahabat-sahabat yang lain,semoga berjaya didalam peperiksaan akhir ini.

Man jadda wa jadda.

Maafkan kalau saya ada salah silap dengan kalian.Sesungguhnya saya insan lemah dan kerdil,yang tidak pernah terlepas dengan salah dan silap.Halalkan segala-galanya dunia akhirat.

Ya Allah,berilah kami kefahaman para Nabi,ingatan para Rasul dan ilham para malaikat.
Terangkanlah hati kami,tajamkanlah fikiran kami,lapangkanlah dada kami.

# Hati terasa sebak dua tiga bulan ini.Kawan-kawan seperjuangan akan menamatkan pengajian.Kuatkan hatiku menatap wajah-wajah mereka,Ya Allah.Sungguh,betapa manisnya ukhuwah ini.Akan merinduinya dikala sepi #



3 comments:

~Nur...Iman...Amira~ said...

assalam kakakku syg..
sedih.tharu.

syukran ats doanya.
mg pjalanan ke selatan dirahmati,salam unt si kecil fatimah,si pair-pari gigi yg comeyy.hehe

cpt2 blik ke utara,ya kak! salam unt mak dgn ayh akak jgk ^^

Nur Husna said...

mira,akak merinduimu!:)

~Nur...Iman...Amira~ said...

akak da blik kan
hehe.rindu kak husna!!!!