Monday, May 21, 2012

Cubit pipi,mahu?



Fatimah baru selesai membaca majalah Q&A.Tentang Taufiq dan Hidayah.Seusai dia habis membaca,nampak mukanya berkerut-kerut.Agaknya tak faham kot.Lagipun dia baru darjah 1.Baca majalah untuk orang dewasa. Ish ish..

Dia pun pergi kat ayah.Buat soal jawab.Konon-kononnya.

Fatimah : Ayah,apa beza Taufiq dengan Hidayah ea.

Erk.Terkejut sekejap bila dia tanya macam tue pada ayah.

Tetapi jawapan ayah saya merubah segala-galanya.Ayah jawab,
“Taufiq tue lelaki.Hidayah tue perempuan..”

Ya Allah,nak tergelak saya dengar jawapan tue.Emak yang berada disebelah menggeleng kepala.Bertuah betul !

Emak terus menerangkan perbezaan antara Taufiq dan Hidayah pada adik.Kami adik beradik mengekek ketawa.

Ayah,ayah.Macam-macam hal.

*****

Ayah hendak ke bilik air.Nak mandi,sebelum maghrib menjelma.Tak semena-mena,Fatimah tiba-tiba datang pada ayah,cucuk perut dan terus cabut lari.

Ayah kaget.Terkejut.haha.

Kata ayah,”nasib baik tak bocor perut ayah..”

Haha..macam-macam hal.Aishah yang berada ditempat kejadian pun tergamam tengok Fatimah buat macam tue.

Kih..kih..

****

Fatimah mengadu pada emak.Katanya,
“Penat jadi budak sekolah nie.Pagi kena pegi sekolah rendah.Petang kena pegi sekolah agama.Pastue kena buat keja sekolah sume.”

Emak yang baik bagitahu dia,kalau nak pandai,memang kena macam tue.Kena belajar betul-betul,sungguh-sungguh.

Selepas habis dia membuat sesi kaunseling dengan emak,terus dia membuka tvIQ.Favourite channel la tue katanya.

Emak pun tanya,
“Yang tue tak penat pula,Fatimah?”

Jawab si kecil,
“Nie kita tengah rehatkan fikiran..”

-_- 

:: Cubit pipi tue nak,Fatimah?macam-macam hal..^_^ ::

2 comments:

Nur Kasih said...

hahaha...lawaklah adik husna...comel dia.geram tengok dia,,, nak cubit pipi fatimah...fatimah bijak...yang paling lawak time dia kata: nie kita tengah rehatkan fikirkan...hehhehe

Nur Husna said...

geram la kat dia,tiah.loyar buruk je.hehe.

bila duduk jauh,rindu sangat kat dia.mulut dia pot pet selalu..:)

:: Rindu tiah!.sangat2 ::