Tuesday, September 27, 2011

Back for Good.







Dr Christopher Wylde terbang pulang ke England semalam.

Setelah hampir setahun di Sintok,mengajar kami subjek International Political Economy,dia meyambung kerjayanya di University of York.

Saya teringat semester lalu,saya seringkali curi-curi masuk ke kelasnya.Semata-mata untuk menuntut ilmu IPE lebih awal.

Dr Chris is a british man.

Saya membuat keputusan sebegitu untuk memahami loghat british yang digunakannya,melalui subjek yang diajar.Memang sukar pada awalnya.Sungguh,saya kurang mengerti apa yang dituturkan oleh Dr Chris.Laju,pekat dan berslang British.Arghh..!

Banyak kali curi masuk,alhamdulilah,baru boleh faham sedikit apa yang diucapkannya.Benarlah kata kawan saya,

Belajar IPE ibarat melihat movie Harry Potter tanpa subtitle.

Hehe..

Agak ralit juga kerana tidak sempat untuk meminta pandangannya berkaitan keadaan di Britain,terutama kes rusuhan yang berlaku beberapa bulan yang lalu.Prof Abdad banyak kali mengingatkan kami,supaya menemuinya untuk bertanyakan tentang keadaan politik dan ekonomi di UK.

Tiada rezeki.

Semalam,sewaktu berjumpa Kak Nor,dia sempat bercerita tentang Dr Chris.Maklumlah,Kak Nor kan merangkap adik tak rasminya.hehe.

Dr Chris berkongsi rasa tentang sikap pelajar disini yang agak payah bertanya di dalam kuliah dan berjumpanya diluar waktu kelas.Tambah Dr Chris lagi,jika di UK,ramai pelajar yang suka bertanya.Suasana kelas menjadi aktif.Tamat sahaja sesi pembelajaran,kalau ada 10 orang yang ingin bertanya,maka 10-10 lah yang akan menyerbu bilik pensyarah.Dimana yang tidak difahami,itulah yang akan ditanya.

Saya rasa,itulah masalah terbesar pelajar disini.Malu untuk bertanya,takut untuk berjumpa dengan pensyarah.Segan,takut,malu.Hmm..

Saya teringat salah seorang pensyarah berbangsa asing pernah berkata kepada kami.

“Kamu semua bukan tidak pandai.Saya tahu kamu pandai.Melalui jawapan yang kamu berikan ketika menjawab peperiksaan,saya tahu kamu boleh.Tetapi,di dalam kelas,kamu sangat pendiam.Sebarang pertanyaan tidak diajukan.Jadi,saya menyimpulkan kamu memahami apa yang saya ajar didalam kelas.Saya harap,berilah pendapat kamu ketika kelas berlangsung..”

Adakah ini keadaan pelajar Malaysia?

Mulai dari saat itu,saya memasang azam untuk menjadi pelajar aktif didalam kelas.InsyaAllah.

Saya tidak mahu pelajar Malaysia di cop sebagai pasif didalam kelas.

Jom,jangan jadikan stigma itu melingkari pemikiran dan etika kita!

Selain daripada Dr Chris,Dr Adam Tyson juga selamat pulang ke UK.Dia mendapat tawaran mengajar di University of Leeds.

Untuk kedua-dua pensyarah Intaff kami,selamat pulang dan selamat berbakti di tanah Eire.

p/s:minta maaf banyak2 kepada si penangkap gambar..T_T


No comments: