Sunday, September 25, 2011

Bila bala tentera Cik Mon datang!







Dua tiga minggu ini,kolej kediaman saya hangat dengan satu isu.Cik Mon dan kaum kerabatnya menyerang bertubi-tubi ke kolej penginapan kami.Sungguh,ia benar-benar mencemaskan dan suasana menjadi tidak aman lagi.

Hurm,saya rindukan suasana yang dulu.Pada zaman dahulu (ececeh..)ketika hendak menunaikan solat subuh,seorang gadis yang ayu mesti akan membuka tingkap seluas-luasnya (baca:nak buka tingkap sungguh ketat),supaya udara pagi terus masuk ke dalam biliknya yang cantik.Kemudian bila malam,selepas maghrib,tingkap akan dibuka sekali lagi untuk menghirup angin malam.Oh damainya!

Sekarang saya tak boleh buat macam tue lagi.Semuanya angkara monyet!pernah sekali,baru-baru ini juga,sedang saya ralit menaip di laptop,saya terdengar suara mendayu-dayu dari tingkat atas.Walaupun ketika itu sedang memakai earphone yang besau,tapi masih boleh dengar lagi suara itu.Saya perlahankan lagu yang didengari.Saya amati betul-betul dari mana punca suara tersebut.Maklumlah,malam kan..hehe.

Sekejap lagi,zuuupppp..ok,saya nampak kakinya sedang bergayut di tingkap bilik saya.Mujur tingkap bilik ditutup kemas.Roomate yang sedang tidur,terus terjaga.Cik mon dan bala tenteranya turun seolah-olah macam dalam movie mission impossible lakonan Tom Cruise itu!aduhai.Saya terkejut yang amat.

Bunyi mereka (patutkah diguna perkataan ini?) sungguh kuat dan bising.Saya menggigil sekejap.Sebab ada pengalaman tak manis dengan hamba Allah nie..hmm.Sadis.

Saya rasa DPP sudah menjadi seperti babak dalam cerita Planet of The Apes pulak..huhu..

Semalam,saya terserempak dengan Jah,jiran saya.Jah menceritakan tentang seorang budak perempuan di blok teett dikejar Cik Mon hingga terjatuh.Cerita Jah lagi,budak perempuan itu seorang diri,manakala monyet yang mengejarnya adalah sebanyak enam ekor.Saya yang mendengar cerita Jah,terkejut sangat.

Sampai begitu sekali haiwan tersebut mengganas?ya Allah.Kesiannya dia!monyet yang mengejarnya besar-besar belaka.Si gadis berlari sambil menangis dan menjerit ketakutan.Jeritannya boleh didengari satu blok.Kasihannya!

Orang tak berani untuk menolong,bimbang akan ditimpa perkara yang sama.Apa yang mampu mereka lakukan hanyalah melihat sambil berdoa semoga dia selamat.

Hmm..kenapa mereka tidak membaling sebarang objek seperti baldi ke arah binatang tersebut?eee,kalau saya geram sangat,mahu sahaja saya baling pisang (macam menggalakkan pula..hehe) pada monyet tersebut.Geram,geram.Ok,janganlah kita bertukar kepada makhluk hijau beramai-ramai sekarang.

Hari tue,Diana cerita pada saya tentang biliknya yang dimasuki binatang tersebut.Waktu itu dia sedang tidur.Tiba-tiba roomatenya menjerit sambil mengejutkan dia.Pabila dia sedar,dia mendapati ada seekor monyet sudah bertenggek diatas meja belajarnya.Diana pun apa lagi,terus membaling bantal ke arah monyet tersebut.Sudah ting tong kepalanya,terus ia keluar.

Saya yang mendengar cerita Diana,tak dapat tahan gelak.haha.

Waktu yang lain pula,sedang saya,Jah dan Diana duduk berbincang tentang perkara ini,Jah membangkitkan persoalan,samada untuk menembak atau tidak Cik Mon di Bukit Kachi.Yang saya tak dapat lupakan dialognya ialah :

“Kalau Cik Mus tak mahu tembak monyet-monyet kat sini,tak pa.Bak sini senapang tue kat saya.Tahu la saya nak buat apa..”

Adoiyai..saya ketawa besar mendengar cara dia bercakap itu!

Menurut Jah,sewaktu awal semester dulu,pernah ada seorang budak junior datang kepadanya,

“Kak,mana monyet-monyet itu.Kami nak bagi makan buah nie..”

Mereka sudah salah sangka tentang kejinakan bintang tersebut.Mereka ingatkan haiwan itu seperti di taman peliharaan.

Jawab Jah,

“Adik,tak payah nak bagi makanan atau apa-apa.Binatang tue sikit lagi masuk bilik hangpa cari makanan.."

Di page DPP,sana sini budak junior menceritakan hal ini.Mereka berasa bimbang.

Alhamdulilah,setakat ini bilik kesayangan saya masih selamat.Masih didalam pemeliharaan Dia.Mudah-mudahan tiada perkara buruk yang akan berlaku.InsyaAllah,doakan ye.





Sungguh,saya benar-benar risaukan tentang hal ini di Kachi.Kes budak perempuan itu heboh diperkatakan di sana sini sejak semalam.Ada yang kata,selepas peristiwa itu,dia ditempatkan di bilik rehat.Mukanya pucat lesi.Seolah-olah ternampak sesuatu yang menakutkan.

Semoga dia selamat dan kuat semangat.InsyaAllah.

Bayangkanlah,setiap kali mahu ke bilik air,pasti kami akan menjengah dulu,melihat samada ia dan konco-konconya berkumpul di tong sampah sebelah bilik air tue.Kemudian,sebelum ke kelas,kami akan berhati-hati menuruni anak tangga.Sudah macam Cindrelella turun dari kereta kacanya.Bimbang terserempak dengan Cik Mon,yang enak melayan blues di tembok tangga.Kalau membawa makanan,jika dari jauh ternampak dia dang geng gengnya sedang main pondok-pondok,kami akan berfikir dua kali untuk melalui jalan tersebut.

1001 cerita tentang monyet.

Tadi,sewaktu menelefon emak,dia bagi saranan yang marvelleous,

“Kaklong,pergi la buat report kat aduan rakyat tue.Mana tahu dapat masuk tv3..!”






Oh emakku.hehe.Adakah saya akan menuruti saranan itu?tungguuu..jeng..jeng..^_^/

No comments: