idaman atau sandaran? |
Cuba fikirkan ini :
Setiap tahun di Malaysia,kira-kira 100,000 memohon untuk belajar di IPTA.Tamat saja keputusan peperiksaan SPM dan STPM diumumkan,maka berduyun-duyun pelajar memohon memilih jurusan dan universiti yang dihajati.
Lepasan SPM,STPM,A Level,Matrikulasi,Asasi dan Diploma.Semuanya berhajat besar untuk belajar di menara gading dan mengenggam segulung ijazah pertama.Degree,semua orang berebut-rebut untuk mendapatkannya.
Bila melangkah ke alam kerjaya kelak,terus diserap ke gred 41,pegawai gred A.InsyaAllah.
Apabila keputusan dalam talian (UPU) diumumkan,yang terpilih hanya 30,000 atau 50,000 sahaja.Alhamdulilah,syukur pada Allah,kita terpilih antara 30,000 orang itu.
Cuba renungkan ini pula :
Kenapa bila berada di universiti kita tidak serius untuk belajar?kadang-kala tidak datang ke kelas,tugasan atau assignment yang diberikan oleh pensyarah dibuat sambil lewa.Datang lambat,pabila pensyarah mengajar di depan,dia juga turut sama mengajar di belakang.Aduhai..!
Tamat sahaja sesi pembelajaran,buku tidak tahu diletakkan dimana.Hurm,ada juga yang kata,di universiti jugalah tempat mencari pasangan.Kalau tak,nanti pakwe @ makwe susah dicari.Bukankah Allah telah menentukan yang terbaik buat kita?kenapa perlu khuatir?jodoh,ajal,rezeki semuanya didalam genggaman Dia.
Selalu kan dengar kenyataan ini :
“ Ahmad(bukan nama sebenar) belajar elok-elok ye,sembahyang jangan tinggal.Nak buat apa-apa,ingat mak dengan ayah kat kampung..”
Atau ini :
Apakah??
“ Ahmad(bukan nama sebenar lagi),jangan lupa cari makwe ye,macam mak ea..comel macam aishawarya rai pun takpe..”
Kalaulah ada seorang ibu atau ayah berpesan sebegitu,eden pengsan rasanya!lol..
Kalau keseorangan,sedang duduk-duduk dibawah pokok,atau sedang menghadap tingkap bilik ketika ini,mari renung-renungkan kenyataan dibawah.
Allah beri kita peluang untuk belajar di universiti.Sebelum memohon,kita sembahyang hajat,berdoa siang malam supaya kita berjaya ditempatkan di IPTA yang diidamkan.Dan bila keputusan UPU dikeluarkan,Alhamdulilah,kita berjaya.Tidak mustahil kita melompat kegembiraan.
“ Yes,aku dapat!rasa macam mimpi..!”
Dikhabarkan berita itu kepada ibu bapa,adik beradik dan yang terdekat.Barangkali emak dan ayah menangis kegembiraan.
“ Anak aku masuk u.Terima kasih ya Allah..” bisik hati mereka.
Maka,persiapan pun mula dibuat.
Dalam kekalutan menyiapkan segala dokumen,perkakas,baju semua,pernah tak kita terfikir,adakah kita bersyukur pada Allah atas kurniaan ini?
Kemudian,apabila masuk universiti,kita cuba ingati,apakah nasib kawan-kawan yang tidak terpilih ke IPT?
Apa yang mereka lakukan sekarang?sudah tentu bekerja bukan?
Bila rasa liat nak buat tugasan yang diberikan,sedarkah kita bahawa bila melangkah ke alam kerjaya kelak,lagi mencabar tugasannya?
Bila tidak hadir ke kelas tanpa sebab,tahukah kita bahawa malaikat kiri dan kanan mencatit dan memerhati tindakan kita itu?bukan sahaja malaikat,Allah juga melihat kita.
Bila berjalan bersama pasangan ke sini dan ke sana di kampus,tidakkah kita kasihan dan malu pada ayah dan ibu di kampung?
Kita menyayangi orang lain bersungguh-sungguh sebelum menyayangi ibu dan ayah sepenuh hati.Merekalah yang menanggung kita di IPT,bukan pasangan kita.Bila peperiksaan menjelma,ibu dan ayah yang berdoa untuk kita.InsyaAllah makbul doa mereka.
pilihan atau terpilih? |
Allah memberi peluang kepada kita untuk melanjutkan pelajaran lagi.Kita antara insan terpilih antara yang dipilih.Sweet bukan?Dia beri peluang pada kita untuk belajar bersungguh-sungguh supaya kita dapat merealisasikan cita-cita.
Bila sudah berjaya kelak,berjawatan,mempunyai kedudukan,kita mampu untuk menanggung keluarga di kampung.Supaya kehidupan keluarga bertambah selesa.
Dia memberi semua ini sebab Dia menyayangi kita.Doa kita sepanjang menunggu keputusan UPU tidak terlepas pandang.Dimakbulkan doa dan impian kita itu.
Bila melangkah ke menara gading,kita menyalahgunakan peluang itu.Sadisnya.
Justeru itu,
Nikmat yang mana lagi hendak kamu dustakan?
AllahuRabbi..
T_T
p/s: saya menasihatkan diri saya dahulu didalam entri ini....ya Allah,kuatkan semangatku untuk berjuang..redhailah apa yang daku lakukan sepanjang menuntut ilmu ini.Ampunkan kekhilafanku sepanjang masa lalu.
Terima kasih pada akak roomate,kak Jue yang banyak menyedarkan diriku.Bahagiakan dia dunia akhirat,ya Allah.
Buat adik-adik yang baru melangkah ke IPTA minggu lalu,selamat berjuang!InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment