Entah kenapa tiba-tiba hati tergerak untuk membuka lagu kejora sinar zaman.Sayu bila mendengar dan menonton klip videonya lama-lama.T_T
Saya terkenang insan-insan dikasihi yang telah pergi.Ada yang sempat berjumpa,ada yang tidak.
Ada yang kenal lama.Ada yang kenal sekejap cuma.
Ada yang selalu bertegur sapa.Ada yang sempat ditegur melalui laman maya.
Tiba-tiba mendapat berita dia pergi,memang sukar dipercayai.Seolah-olah ilusi mimpi.
Ya.Saya mula sedar,insan-insan ini mula meninggalkan saya.Satu persatu.Saya mula keseorangan.Tetapi saya tahu Allah sentiasa menemani saya.
Mengenangkan perpisahan abadi itu,membuatkan saya selalu terfikir.Dapatkah saya berjumpa dengannya kelak di alam sana?dapatkah kami berkumpul seperti di dunia ini?dapatkah saya berbual,bermesra seperti di sini?
Ya Allah.Sebak mengenangkan hal ini kadang-kadang.
Atok,nenek,adik,makcik antara insan kesayangan yang sudah pergi.Bila atok pergi tahun lalu,saya benar-benar terkesan.
Saya tak sangka.Ia benar-benar di jangkauan pemikiran saya.Benar,Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Saya teringat sebelum pulang ke Sintok setelah cuti semester tahun lalu.Selalunya sebelum ke Larkin untuk menunggu bas,saya akan berehat sebentar dirumahnya dahulu.
Berbual,menonton al kuliyyah,menemaninya makan,berkongsi cerita.Bila kami sampai,atok biasanya berehat di ruang tamu itu.Kitab cinta sentiasa di sisi.Bila melihat berita,berulang kali dia pesan,cari ilmu,cari ilmu.Ilmu yang jaga kita sampai bila-bila.Ilmu yang membezakan kita dengan orang di luar sana.
“Husna balik bila,pukul berapa?belajar betul-betul.Tahajud jangan lupa.Kalau ada masalah apa-apa,mengadu dengan Allah.Jangan mengadu dengan manusia.Masalah tak akan selesai..”
Sedih.Sebak.Terharu.
Bila mendapat tahu dia sakit,kami bergegas ke JB.Arwah sudah terbaring di ruang tamu.Sempat dia bertanya bila saya akan pulang ke kampus semula.Belajar sungguh-sungguh pesannya.Keadaannya waktu itu sama ketika arwah pulang dari menunaikan ibadat haji dulu..
Sejak dia pergi,banyak kali air mata ini tumpah.
Dialah yang menyambut kepulangan saya pagi Jumaat.Menyuruh saya berehat,tidur melepas lelah.
Katanya,
“Husna,kamu nie macam emak kamu balik bercuti masa belajar kat Terengganu dulu..”
Sempat arwah titipkan pesanan kepada emak di penghujung usianya,
“Beritahu pada Safwan lepas nie teruskan belajar.Dah takda apa-apa nak dirisaukan..semuanya dah selesai..”
Dia seolah-olah tahu…
Ketika Safwan dan Ibrahim mengangkatnya ke bilik air,sempat dia berseloroh,”besarnya tangga rumah atok nie..hehe..”
Safwan dan Ibrahim ketika itu diam tak terkata apa-apa.
Sudah setahun dia pergi.Tanggal 8 September yang lalu.Semasa ke pusaranya Ramadhan dan Aidilfitri baru-baru ini,perasaan saya bercampur baur.
Adik yang pergi ketika usia muda.Dia sebahagian daripada kami.Berkongsi ibu,ayah dan ikatan yang sama.Selalu saya berdoa semoga Allah mengumpulkan kami sekeluarga selengkapnya di akhirat nanti.Dia sudah menanti kami.Menanti kaklongnya,emak,ayah,abang-abang dan kakaknya.
Saya rindu.Sungguh saya merindui insan-insan ini.Jika perpisahan dunia yang berlaku,saya bisa menggunakan teknologi sedia ada untuk merapatkan jurang itu.Tetapi bila perpisahan abadi,hanya pada Allah saya sandarkan doa dan diri.
Alfatihah buat :
Allahyarham atok,adik dan Ustaz Asri Ibrahim.
Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
insan-insan kesayangan saya ini pergi didalam bulan September.Manakala Ustaz Asri ketika bulan Ogos.
No comments:
Post a Comment