Saturday, October 15, 2011

Nor dan Daun nipah



Saya,Fatimah,emak dan ayah dalam perjalanan ke bandar.Cadangnya mahu menyelesaikan urusan dan membeli sedikit barang keperluan rumah.

Sepanjang perjalanan,kami berbual-bual sambil melayan kerenah Fatimah..hehe.Dia suka benar melihat kenderaan di belakang kereta kami.

Aduhai,malunya..alasannya,nak tengok muka pemandu-pemandu ketika membawa kereta!

Ah sudah..budak kecik nie memang.

Mak kata,dia nak pamer mukanya yang comel itu.Alahai Fatimah,Fatimah…

Macam-macam yang dibualkan oleh si kecil itu.Saya bertanya padanya,apa aktiviti yang dilakukan di sekolah biasanya.Jawabnya bermain,belajar.Makanan ok tak,dia menggagukkan kepala,sedap kata dia.Alhamdulilah.

Pesan Rasulullah,kalau makanan yang dihidangkan itu sedap,makanlah lebih sedikit.Kalau tidak menepati selera kita,jamahlah sedikit supaya tidak mengecilkan hati orang yang menghidangkan makanan tersebut.

Hargailah nikmat rezeki yang Allah beri,walau hanya sebutir nasi.Kutip,tiup dan makanlah butir nasi itu.Mungkin disitu ada keberkatan makanan tersebut.

Ayah memandu dengan kelajuan sederhana.

Di depan kenderaan kami,ada seorang penunggang motorsikal,sedang membawa daun nipah di tempat duduk belakang.Sebelah tangannya memegang pedal motorsikal,manakala tangan kirinya memegang dengan erat seikat daun nipah di belakangnya.

Ayah memotong penunggang motorsikal itu.

Sekilas saya melihat wajahnya.Oh,Nor rupanya!

Emak membuka cerita,

“ Kaklong kenal orang tadi?yang bawa daun nipah tue?”

“Kenal,mak.Nor namanya.Kenapa?”

“Kaklong tahu dia kerja apa sekarang?”

“Tak..”

Jawab saya.Pendek.Sejak belajar di negeri orang,saya bagai terputus maklumat tentang orang kampung.Aduss..sadisnya!

“Ayah dia sakit sekarang,kaklong.Pakcik Zali tue excident,pas tue tak boleh bergerak.Jadi,yang cari rezeki sekarang dia dengan maknya.Kaklong tahu dia cari daun nipah tue macamana?guna sampan dengan pendayung.Orang lain semua guna bot laju dengan enjin angkut daun nipah menyeberangi sungai,mereka anak beranak guna pendayung.Pagi-pagi keluar cari daun nipah,bila matahari meninggi,baru mereka pulang ke rumah.Dayung bergilir-gilir..”

Ya Allah.Saya bagai tersentak mendengar cerita emak.Di tengah-tengah sungai?perempuan?berdayung?

“Biar betul,mak?macamana mak tahu?”

Saya mendapatkan kepastian dari bonda.

“Mak pergi rumah dia,kaklong,settlekan masalah adik dia.Masa mak pergi rumah dia tue,mak si Nor tue bukan main ramah jemput masuk ke dalam rumah dia..mak masuklah”

Emak menyambung ceritanya lagi,

“Emak tanya pada si Nor tue,kenal Husna tak?jawabnya,kenal sangat.Siapa tak kenal anak teacher?Husna belajar kat U,teacher.Saya nie tak pandai..”

Sekali lagi saya bagai direnjat dengan elektrik.

Nor,kenapa cakap begitu?

Hati jadi sayu tiba-tiba.

Saya tak pandai,saya tak kuat seperti Nor dan emaknya.Memang saya belajar di universiti,tetapi ilmu alam saya masih cetek lagi.

Saya tak tahu mendayung.Saya tak tahu memilih daun nipah yang elok.Walhal,benda-benda itulah kadang kala yang bisa mendekatkan diri dengan ciptaan Allah.

Nor,ketahuilah,saya sangat-sangat meghormatimu.Kita semua sama.Tiada apa yang membezakan saya dan kamu.Mungkin usaha yang membezakan antara kita semua,Nor.Percayalah.Tak semestinya kita tidak boleh berjalan seiringan.Saya masih temanmu yang dulu.

Pesanan buat diri,

Walau belajar setinggi manapun,jangan kita menutup sebelah mata kepada orang kampung.Siapa tahu,didalam kepayahan mereka mencari rezeki,hati mereka telah dipasakkan keikhlasan?dan kerana itu,kita kena bersyukur pada Allah kerana memberi nikmat yang tak terkira pada kita.

Semoga Allah murahkan rezeki Nor sekeluarga.InsyaAllah.Mendoakan yang terbaik buat masa depan Nor.

Dan setiap kali melintasi pondok yang beratapkan daun nipah di mana-mana,saya pasti terkenangkan Nor.

Begitu juga bila membeli atau menikmati otak-otak,saya sering terfikir.

Adakah ini daun nipah yang dicari oleh Nor dan ibunya dengan seribu kepayahan?

2 comments:

ur silnt rider said...

entri yg menyentuh perasaan..

Husna said...

Cik Pembaca Senyap:Doakan Nor dimurahkan rezeki,doakan juga semoga ayahnya sembuh.InsyaAllah.